Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 26 August 2010

Tiub falopian

Pesakit ini ada hematosalpinx (darah period masuk ke tiub falopian dan tersekat sehingga tiub membengkak berbonggol2/beruas)


1. Tiub falopian penting sebagai "meeting place" sperma dan ovum (telur wanita).
2. Ia bersambung terus dengan ruang rahim di kanan dan di kiri tanduknya. Tetapi ia tidak bersambung terus dengan ovari kanan dan kiri. Terdapat ruang bebas di antara tiub falopian dan permukaan ovari.
3. Bahagian pangkal tiub falopian sangat halus diameter terowongnya. Bahagian hujung tiub falopian pula mengembang seperti serombong dan mempunyai jejari halus yang dinamakan fimbria.
4. Fimbria sangat penting untuk "menyapu2 dan menyedut" ovum yang baru keluar dari permukaan ovari pada waktu subur (ovulasi). Jika tidak, ovum ini akan terlepas dan "jatuh" ke bawah.


5. Lazimnya, kita tidak dapat melihat tiub falopian sewaktu ultrasound pelvis (termasuklah ultrasound trans-vaginal i.e. TVS).
6. Untuk menguji tiub falopian tersumbat ataupun tidak, ada 2 cara yang biasanya dilakukan:
--- HSG (X-ray untuk mengambil "gambar" laluan cecair bersifat kontrast yang dimasukkan dari bawah)
--- laparoskopi iaitu melihat sendiri dari tayangan/rakaman cecair biru (metilene biru) yang keluar dari hujung tiub falopian (yang dimasukkan dari bawah juga)


HSG
- murah (RM180-1200 mengikut hospital), mudah, sedikit sakit (dilakukan di bilik X-ray)
- kadang2 (jarang) boleh terlebih sakit akibat jangkitan kuman
- hanya menunjukkan laluan sahaja ie. sama ada tersumbat atau tidak SAHAJA

Laparoskopi
-mahal (RM5K ke atas), pembedahan (kena bius), dilakukan dalam bilik bedah
- lebih terperinci. Selain dapat tahu tersumbat atau tidak, boleh tengok rupasifat tiub falopian dari permukaan luarnya (ada melekat ataupun tidak, fimbriae cantik atau cacat), boleh tengok sama ada terdapat penyakit lain pada ruang pelvis, boleh buat prosedur rawatan sekali. Kira menyeluruh dan "gold standard" le.

Walaupun begitu, saya selalunya tidak melakukan laparoskopi untuk kesemua wanita ini. Hanya yang saya syak ada masalah eg rahim ke belakang (retroverted), kedudukan ovari berlainan, tiub falopian membengkak, cyst ovari dll, baru saya advise.

Yg lain2 ie yg tiada masalah period/senggugut, kedudukan rahim dan ovari normal, memadai melakukan HSG sahaja dahulu. Murah pun dan tak perlu mengambil risiko bius/pembedahan.

Tidak ada istilah pembedahan yang boleh mencuci/flush tiub falopian. Ini kerana hampir semua hospital di Malaysia tidak mempunyai falloscope (teropong halus yang dapat masuk ke dalam terowong tiub falopian). Mungkin doktor bermaksud apabila cecair dilalukan/ditembak masuk dari bawah, pancutan cecair ini DIHARAPKAN dapat melegakan sekatan2 kecil yang ada. Namun setakat mana "complete"nya prosedur melegakan ini berjaya tidaklah dapat dipastikan.

Satu lagi perkara penting, di sepanjang permukaan dalam terowong tiub falopian, ada rerambut halus (silia) yang digerakkan oleh otot-otot halus untuk "menolak" atau "membawa" sperma, telur dan embrio yang terhasil. Kuasa Allah bagaimana tiub ini tahu untuk menolak sperma ke hujung dan menarik telur ke tengah dan menolak embrio ke tengah hingga ke dalam ruang rahim. Bayangkan jika arah tolakan itu berubah2.


Pada masa yang sama, cecair yang terdapat di dalam tiub falopian ini mengandungi bahan nutrien yang diperlukan oleh embrio yang membahagi dan membesar itu.


MasyaAllah! Sains moden masih tidak dapat mencipta tiub seperti itu dan meniru tepat kandungan nutrien cecair itu.


Berbalik kpd tiub falopian yang sepatutnya tidak dapat dilihat dalam ultrasound. Gambar di atas menunjukkan tiub falopian yang membengkak. Ini dinamakan hydrosalpinx (jika ada cecair yang selalunya disebabkan oleh jangkitan PID), ataupun hematosalpinx (jika ada darah eg darah haid terperangkap di dalamnya), ataupun pyosalpinx (jika ia telah bernanah akibat jangkitan).


Tiub yang bermasalah mendedahkan seseorang kepada kesukaran hamil. Dalam keadaan ini, IVF lebih sesuai. Tatapi masih ada yang didapati berjaya hamil tanpa IVF, malah ada yang hamil spontaneously. Inilah kehendak Tuhan, kami doktor seperti anda, hanya berusaha. Cuma pesan saya, jika anda hamil, segeralah scan nak tengok kandungan itu di dalam rahim atau di dalam tiub/tempat lain (ektopik).

10 comments:

  1. Dr,
    saya menjalani HSG dan dapati sebelah kiri saya menghidapi hydrosalpinx tetapi doc menyatakan bahgian sebelah kanan saya tiada masalah.
    adakah cara utk saya mengandung secara biasa tanpa menjalani IVF jiaka benar tiub disebelah kanan masih bole digunakan.
    TQ.

    ReplyDelete
  2. It's me - Boleh kalau cycle tu ada ovulation dr ovari kanan, tp elok check dulu dgn laparoskopi je assess status tiub kanan. Dua sifat penting - tak tersumbat DAN rupa (ampulla dan fimbria)/fungsi elok. Masa op, Dr mungkin nak 'kelar' tiub kiri utk buka dan evert fimbria then jahit ke luar. Kalau tiub kiri tersumbat sepenuhnya n ada air bertakung dalam tiub (hydro-salpinx), air ti boleh kacau implantation embrio pula. Betul ke hydrosalpinx?

    ReplyDelete
  3. salam doc, saya dah buat HSG april lalu... doktor yg buat HSG itu mengatakan tiub fallopion saya sumbat di kiri dan kanan..saya akan menjalani laparoscopy..adakah peluang untuk saya hamil selepas operation itu meningkat atau hanya perlu menjalani IVF sahaja?..runsing saya dibuatnya...

    ReplyDelete
  4. dr,...saya sedih la tiub fallopio saya sumbat kedua2nya...saya tak mampu doc nk wat IVF... down nya rasa...

    ReplyDelete
  5. Zarina- jangan sedih dulu. Buat laparoskopi mcm dr u advised. Kdg2 semasa HSG ada berlaku tubal spasm, so cecair tu tak dapat lalu. Masa laparoskopi, u pengsan, tube pun 'pengsan' n tak de spasm. Nanti lepas laparoskopi, bagitahu apa cite ya.

    ReplyDelete
  6. slm.doc,sya dah jalani hsg pada hari ke 10 cycle.normal cycle 26-28days.now dah 3days delay.adkh hsg punca haid lewat?sya belum lakukan upt,tak nak frust lagi mcm sebelum ni.anyway,tiub sya ok.x block.sya buat hsg ats saranan doc,aftr 3yrs besalin ank petama sya msh xpregnant.msa pregnant dulu,sya jalani laproscopy utk buang cyst di tiub kiri.harap doc dpt bantu.tq

    ReplyDelete
  7. salam doktor..

    saya buat IUI dgn doktor bulan lepas.
    tapi tak berjaya.so nak tanya,perlu tak sy check tiub falopian saya before 2nd IUI?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt

    terlebih dahulu syabas dan terima kasih kerana Dr. sudi berkongsi ilmu & info melalui blog ini.
    Allah jualah yg layak membalas segala jasa murni yg telah Dr. lakukan ini.. Moga Allah sentiasa merahmati Dr. & keluarga dunia akhirat.

    Dr. 1 pertanyaan dari saya
    Dr,
    saya juga telah menjalani HSG dan dapati sebelah kiri saya menghidapi mcm membengkak tetapi doc menyatakan bahgian sebelah kanan saya tiada masalah.

    Saya telah diberi ubat (kesuburan) utk 2 kitaran.. FYI saya dah makan utk 1 kitaran pd bulan lepas.. didapati period saya lewat tp bila test urin masih (-ve) dan dalam yg sama rasa sakit spt nak period pun ada rasa ni.

    Dr. Masih ada peluang kah utk saya mengandung?

    adakah cara utk saya mengandung secara biasa tanpa menjalani IVF jika benar tiub disebelah kanan masih bole digunakan.
    TQ Dr..

    ReplyDelete
  9. Dr,sy mmpunyai mslh tiub sebelah kanan tersumbat manakala sebelah kiri dlm kadaan baik,ianya dpt dkesan mlalui ujian HSG..sy pnh melakukan IUI namu tdk berjaya.Dr,apakah peluang utk sy hamil msih ada.Skiranya sy melakukan IUI skali lagi,apakah peluang utk sy hamil?utk pngetahuan dr,bhagian bwh perut (kiri) juga slalu sakit & senak terutama slps period.

    ReplyDelete
  10. Salam Doc, Would like to meet you to get your opinion . How can i get in touch with you . Thanks Safiyah

    ReplyDelete