Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 30 April 2010

TAFF


fresh flowers on the main table, beautiful yellow roses, rasa macam nak ambil n tabur atas katil beradu dan berangan menjadi puteri...





Baru-baru ini (April 2010) pihak TAFF telah sekali lagi mengadakan majlis penyampaian bantuan kewangan IVF dan meraikan bayi-bayi baru IVF TAFF di Hotel Shangri La Kuala Lumpur yang terkenal dengan makanan sedap. This information was in the press kit, so that's why I can write/share in this entry (kalau tidak, dikira rahsia tau:-)



TAFF


Singkatan utk Tunku Azizah Fertility Foundation


logo berupa wanita sedang hamil




x banyak berubah pun sejak saya mula mengenalinya mulai 2004, maintain, badan saya yang semakin mengembang (x muat dalam gambar)


Yayasan ini ditubuhkan oleh :

(nama penuh HRH TPP (Tengku Puan Pahang) ini is quite a mouthful)

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG

TUNKU HAJJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ALHAJ




Seorang puteri raja yang sangat berhati mulia
and not to forget, she is also very beautiful. Sometimes I can just stare at her face and admire her beauty (sambil turut berdoa di dalam hati ya Allah, cantikkanlah hamba juga).
Kiranya inside out lah kecantikan Tuan Puteri ini.


The first foundation or body of its kind in the world yang memberi sumbangan sebegitu rupa. This is in fact historical in the world of infertility.


To make it more interesting, ia berkait dengan pengalaman TPP yang telah melalui rawatan yang sama (tidak dimaklumkan di dalam press kit, walaupun TPP selalu bercerita mengenainya, maka saya tidak le boleh berkongsi di sini).

Now, she has SIX children (4 princes and 2 princesses).


saya sahaja nampaknya yang kurang subur, ha ha



menyampaikan titah berupa nasihat kepada pasangan2


Siapakah yang berkelayakan memohon?

Mesti memenuhi KESEMUA syarat2 di bawah:

1. suami dan isteri MESTILAH warganegara Malaysia
2. suami dan isteri yang SAH dari segi undang2 Malaysia
3. pendapatan kedua-duanya tidak melebihi RM4000
4. isteri tidak melebihi 43 tahun umurnya
5. telah berkahwin lebih daripada 3 tahun
6. belum mempunyai anak kandung pun
7. tidak menggunakan sperma atau ovum penderma


Janganlah pula tuan puan menukar fakta pendapatan/ income-tax tersebut semata2 kerana nak dapatkan bantuan. Kalau dalam setahun ada beribu permohonan dan yang TAFF mampu beri x sampai pun 100 orang setiap tahun, biarlah yang dapat itu yang BENAR2 kurang berkemampuan dan memenuhi syarat. Ingatlah, duit tu nak digunakan untuk anak kita. Kalau kita x dapat balasannya, anak kita yang mungkin dapat,tak kiralah di dunia atau di akhirat. SEBAB kita menutup peluang orang lain yang sebenarnya LEBIH LAYAK dripada kita.


Steps to be taken:
1. pastikan anda dan suami benar-benar layak

2. dapatkan borang dahulu dari pejabat TAFF secara menghantar sampul surat beralamat sendiri bersama setem RM1 ke:
TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION
ISTANA ABDULAZIZ
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

email: taff2004@streamyx.com
09-5733241 (no telefon)


3. borang tersebut hendaklah diisi bersama-sama laporan penilaian dari mana-mana pakar sakitpuan berhampiran

4. pada borang tersebut juga ada dinyatakan apakah ujian-ujian yang perlu dibuat terlebih dahulu serta salinan beberapa pengesahan maklumat peribadi eg sijil nikah dsb

5. hantarkan semula borang tersebut ke alamat di atas


Kemudiannya Jawatankuasa Teknikal (saya pun join sekali) yang terdiri daripada sekumpulan panel doktor akan bermesyuarat menyaring borang2 tersebut. HRH TPP herself would chair the meeting (in fact, every meeting so far, without fail), begitu prihatinnya HRH TPP. Kalau ada maklumat yang x lengkap, tidak akan diproses dan dikembalikan. Kalau ada yang x menepati syarat, sama ada akan dikembalikan bersama-sama jawapan dukacita ataupun diberikan tempoh masa mencuba kaedah lain terlebih dahulu (tanpa bantuan TAFF) sebelum dipertimbangkan kembali.

Setelah itu, TAFF board (saya join jugak) pula akan bermesyuarat untuk mengesahkan sama ada akan menerima/meluluskan atau tidak permohonan tersebut. This meeting is also chaired by HRH TPP herself.


Each succesful couple will then be assigned to the nearby panel doctor, mengikut negeri kediaman. ALL costs will be borne by TAFF EXCEPT for:

- kos membekukan embrio lebihan
- kos frozen embryo transfer (FET)
- kos rawatan/pembedahan walaupun berkaitan infertility
- kos mengambil sperma secara pembedahan (surgical sperm retrieval)
- kos rawatan antenatal (apabila telah hamil kelak)
- kos bersalin

2 perkara pertama di atas boleh berlaku apabila; setelah persenyawaan berlaku, hanya sejumlah embrio sahaja yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Selebihnya tidaklah dibuang, tetapi akan dibekukan untuk dimasukkan kemudian hari (eg apabila percubaan kini gagal atau apabila telah melahirkan kelak dan ingin mempunyai anak lagi).

Ini adalah berita baik kerana, sebenarnya anda mempunyai beberapa peluang lagi. Ini kerana TAFF menaggung kos IVF sebanyak DUA kali percubaan fresh cycles. Ini bermakna, jika kedua-dua percubaan fresh cycles tersebut gagal, anda masih boleh menggunakan frozen embryos anda (walaupun terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri, ia tidaklah semahal fresh cycle yang terpaksa dirangsang dahulu).


Kos membekukan embrio pula berbeza mengikut tempat, ada yang RM500 setahun (tanpa mengira bilangan embrio), ada yang RM1000 setahun (pun tanpa mengira bilangan embrio), ada pula yang RM360 setahun bagi setiap embrio.


Kebetulan TAFF ni bunyinya sama macam "tough"
Sememangnya sesiapa yang menjalani rawatan kesuburan kenalah keras n tabah n kuat semangatnya dan tidak mudah berputus asa.


Di bawah ini adalah status pemohon yang telah berjaya dan telah menjalani rawatan. Kalau dilihat, x kira bangsa tau, x de pilih kasih ikut negeri pun.







Secara rumusannya (as of 31 Mac 2010):

- each year ada dalam 40-80 pasangan yang menjalani rawatan IVF TAFF
- jumlah keseluruhan 237 pasangan (bermula 2005) berjaya mendapat bantuan
- 21 pasangan tidak meneruskan rawatan (sama ada telah hamil sendiri atau berhenti separuh jalan atas sebab2 lain)

of these 237 applicants yang diberi peluang maksima 2 kali IVF fresh cycles bermakna sehingga 474 peluang fresh cycles;

- 75 pasangan telah/pernah hamil (sama ada keguguran, masih hamil atau telah selamat bersalin), di samping itu ada 26 lagi pasangan yang sedang menerima rawatan. Hmm...susah nak kira pregnancy rate PER CYCLE STARTED ni sebab bilangan cycles keseluruhan yang telah dijalani x dilaporkan. Tak pe lah, kita kira ikut bilangan pasangan ya. Pregnancy rates ialah 75/237 iaitu 31.6% PER COUPLE. Kalau nak kira pregnancy rates PER CYCLE (iaitu success rate yang paling sesuai direportkan) mungkin 75/237 (31.6%) atau mungkin 75/474 (15.8%) atau di antaranya sebab ada yang x proceed dan ada yang masih dalam rawatan kan?

-ini kelihatan rendah dibandingkan dengan yang dilaporkan dalam website masing2 IVF centre kerana kriteria applicants yang lebih strict (maklumlah, dananya x mencukupi untuk menampung semua), lebih kurang sama rendah dengan IVF oleh hospital kerajaan (memandangkan kerajaan menampung sebahagian kos ubat dan perkhidmatan doktor yang telah dibayar gajinya). Otherwise (especially in private practice as patients are the ones who are paying), in can be on their demand or based on less strict criterias.


of 75 pregnancies;
-24 miscarried (24/75 iaitu 32% miscarriage rate Per PREGNANCY)
-50 telah bersalin (dijangka tambah seorang lagi sebab tengah pregnant) so delivery rate ialah 51/237 (21.5%) atau 51/474 (10.8%) atau di antaranya.

Apa-apapun, kira bagus jugak peratus kejayaan mereka ini, setanding dengan luar negara. Maklumlah, ramai doktor2 senior yang memang pakar pun. Kalau ikut wanita yg tidak bermasalah pun, hanya sehingga 15-20% pregnancy rate PER CYCLE je, so kira dah lebih cantik daripada asal ni.

of 50 deliveries, dapat 60 babies
-kira kalau yang terlebih tu semua twins, maka twinning rate ialah 10/50 20% PER DELIVERY
-tapi kalau ada yang triplets x tau le pulak
-ini tak termasuk yang multiple pregnancies tapi x selamat melahirkan (so tak boleh kira twin rate per pregnancy ya)
-peratus twinning ini lebih rendah daripada yang dilaporan oleh negara luar. Ini kerana TAFF begitu strict (upon TPP's command) dalam menghadkan bilangan maksima embrio yang dimasukkan. Susah, kalau dah kurang berkemampuan untuk menyara rawatan IVF, bagaimana pula nak menyara rawatan twins yang mungkin lahir premature kelak kan?


pening jugak kalau dapat anak ramai cam ni




Maka, pada 5 Ogos terutamanya (hari keputeraan TPP) dan hari2 lain, marilah kita berdoa agar TPP dilimpahi rahmatNya sentiasa, aamiiiin. Niat yang murni pasti akan membuahkan kejayaan dan kebahagian berlipat ganda.

Juga terima kasih kepada doktor2 (bukan saya, masa pemilihan dibuat in 2004, hospital di mana saya bekerja tiada IVF service) yang terlibat dalam memberikan rawatan IVF ini.

Yang telah mencuba dan berjaya, bersyukurlah dan hargailah cahaya mata itu. Jika sudi, hulur2kan pula sedikit sumbangan kepada TAFF untuk membantu menyara pasangan lain pula.

Yang telah mencuba tetapi gagal, teruskan berdoa dan berusaha untuk mencuba lagi (walaupun dengan wang sendiri). Ada juga yang dengar khabarnya telah hamil sendirinya setelah gagal IVF. Ini namanya rezeki, kita hanya merancang dan berusaha....

Sesiapa sahaja, boleh juga menghulur sumbangan berupa duit ataupun membeli buku koleksi masakan tradisional Pahang yang telah diuji dimasak serta ditulis sendiri resipinya oleh HRH TPP. Kiranya membeli sambil menderma dan menggembirakan perut dan hati suami serta ahli keluarga (banyak pahalanya kan)

7 comments:

  1. Salam Dr.Adilah, Klau sy memohon utk TAFF ni ok x?(coz syarat2 klykn dah layak)just in case for back up la..sbb kalau x jd procedure yg kita rancangkn tu,this will b the last solution...ape pndngan Dr?

    ReplyDelete
  2. boleh cuba. ambil dulu borang, nanti saya isikan maklumat pakar

    ReplyDelete
  3. Salam doc, saya pun teringin mohon TAFF ni..kalau ikut syarat tu, takde mention pernah bersalin atau tidak kan?cuma dinyatakan, belum ada anak kandung..sbb saya penah prgnt.boleh ke doc?

    ReplyDelete
  4. pernah pregn n bersalin ke keguguran? boleh cuba isi borang dan memohon. Kalau belum ada anak yang masih hidup, terpulang kpd pertimbangan TPP, cuma, memang kena IVF ke? TAFF cuma sponsor IVF/ICSI sahaja

    ReplyDelete
  5. salam Dr.
    semua syarat2 diatas tu mmg sata tepati.. cuma sy nk bertye pada doc, agak2nya berapa lama saya harus tggu utk jalani IVF ni seandainya saya terpilih?

    ReplyDelete
  6. as salam doc..sy berminat memohon tetapi sy tidak layak dr segi usia perkahwinan..kerana baru bkahwin 2thn..boleh kah sy mcuba jgk kerana sy n suami bnr2 inginkn anak..

    ReplyDelete
  7. Salam doc...
    Sblm ni sy mengalami ectopic 2 kali pd 2011 n 2013, kedua dua belah tiub telah dibuang. Doc sarankan utk buat ivf. Seperti yg doc terangkan, terlalu byk permohonan yg diterima. Sy ingin bertanya keutamaan slalu diberikan pada siapa jika ramai yg memenuhi syarat? Adakah dari usia perkahwinan or mslh yg dihadapi?

    ReplyDelete