Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 15 April 2010

Hatiku Terluka Lagi


nasib baik ada terapi ni kat rumah....sejuk sikit



Sigh
Hmmmm.....


Napela cakap macam ni kat Dr
Bukan setakat kecil hati
Marah ni
(*&%$@#$!&%^&* Dr pun bukan Nabi)
Bibir ku ketap kuat supaya x terlepas cakap2 laser

Tak baik tau, cakap benda ni kat I
Nak sindir I ke?



Cuba tgk betul2 apakah pekerjaan I
Apakah bidang kepakaranku



PAKAR PERBIDANAN & SAKITPUAN

dan (yang lebih penting lagi)


ialah....



(cuba baca betul2 lagi)

PAKAR KESUBURAN



Dah tu

Apasal

Datang jumpa I

Dengan senyum simpul n tersengih2
Malu2 cat


(ulang sekali lagi)

Datang jumpa I

Dr Adilah BINTI Ahmat i.e. I am a muslim

Di Hospital Pusrawi pulak lagi



"Dr....saya ter-accident"

tu tak pe lagi, ayat seterusnya:

"Boleh cuci x Dr?"



Hah? Nak cuci? Jantung baby pun dah nampak tu. Abis tu, siapa nak jawab kat akhirat nanti? Kat dunia Malaysia pun salah tau, sapa nak masuk penjara?




Dah kupesan ambik protection
Yg sesuai ...implan ke...IUD ke...inj ke...pil ke...
Mana ada accident kalau protection pakai mulut je
Ini bukannya unplanned pregnancy (sebab x de plan otherwise pun)
Ini namanya UNWANTED pregnancy



Maka diriku pun menjawab dengan sesopan mungkin (walaupun masih berkecil hati lagi)


"Dah ada tu, teruskan je lah. Doa banyak2, InsyaAllah selamat. Jgn lupa datang follow-up"


Tetapi mukanya masih tidak puas. Nampak terang2an dah planned nak buang pun. Si isteri pandang Sang Suami, mata pun bertentang mata, masih meow2 senyumannya.


"Kalau saya nak buang jugak Dr?"

atau

"Saya belum ready lagi ni Dr"

atau

"Saya risau nanti rahim saya belum kuat lagi Dr"


Maka dengan muka yang lebih serius dan bertentang mata, Dr ini pun menjawab:

"Minta maaf. Saya TAK buat prosedur ni. Lagipun salah ikut undang2"


Lepas tu pulak Si Dia x datang appointment

Bukan nak buruk sangka. Tapi I can guess what happened, what was done later on. Hmm.....minta2 biarlah sangkaanku salah, ampuuuuun. Masih ada harapan lagi ni utk kandungannya terus dipelihara, (berdoa)...aamiiiiin.



Nape tiap2 tahun mesti ada yang buat perangai macam ni datang klinik?



Ingatlah

Kita kena bersyukur

Patient lain RAMAI yang susah nak pregnen

Yg ni senang2 je nak buang........


dan ingatlah


Saya Dr Kesuburan

bukannya Dr Pengguguran


D&C menggugurkan kandungan tu (selain salah)
pun ada risiko


Walaupun namanya cuci
Tetapi sebenarnya bukannya macam cuci lantai

Perkataan yang lebih sesuai ialah (ikut steps):

1. membolosi laluan pintu rahim menggunakan batang-batang (PLURAL ya) besi berlainan saiz sehinggalah mencapai saiz bukaan dikehendaki.

2. menyedut isi ruang rahim (kandungan le tu, atau lebih suci lagi....bakal anak kandung) menggunakan alat suction

3. menggunakan alat seperti kapit besi untuk mengait secara mencubit2 isi-isi kandungan (adoi!)

4. mengKIKIS atau mengorek keseluruhan permukaan dinding dalam rahim sehinggalah terasa seperti bergerigi (maknanya dah habis kikis la isinya tu kot), macam kita mengkikis isi buah kelapa muda



Tu yang boleh dapat risiko:

-cervical trauma sama ada fibrosis (pintu rahim berparut) atau sebaliknya longggar (incompetence) sampai asyik keguguran sahaja kemudiannya
-bleeding (dah kandungan dan permukaan rahim tu banyak salurdarah)
-infection rahim (endometritis) atau merebak (sepsis)
-uterine perforation (sebab rahim org pregnen memang sangat lembut)
-kalau nasib lebih teruk - boleh sampai tertembus usus dsb
-atau tak habis cuci sampai kena buat lagi sekali
-atau sebenarnya kandungan tu masih bernyawa lagi , alamak?



Jangan sampai



Bila tiba keinginan nak pregnen kemudian hari
Tgk2
Apasal susah sangat nak pregnen ni?
Tuhan MAHA BERKUASA
Penuh keampunan
Tapi Tuhan juga MAHA ADIL
Penuh pembalasan
Wallahua'lam

15 comments:

  1. Sedih nya...
    Saya dah setahun lebih berkahwin masih belum dikurniakan cahayamata..

    ReplyDelete
  2. My god, ader jugak berani datang jumpe you mcm nih?? Orang lain punye la teringin (mcm saya) nak zuriat sendiri, doa siang malam.. tapi takde rezeki, ni dah ader.. tak bersyukur langsung. sedih bila baca citer macam ni. senang jgk dia pregnant :'(

    ReplyDelete
  3. tu yg peliknya, alasan skima....saya risau rahim saya belum kuat lagi. Memang kdg2 ada yang lupa nak bersyukur...Siapa tahu, kot2 anak tu yg bakal mencerahkan hidup dia dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. sedih sy mendgr kata2 siDia (yg TERpregnant tuh)..

    ReplyDelete
  5. grr geramnya..org punya la pyh nk dpt,usaha mcm2 (mcm saya :) dh 3thn setgh kawen) bila dah senang dpt mcm tu pulak..nanti bila susah br tauu

    ReplyDelete
  6. umat akhir zaman....kahwin utk seronok2 je kot??? apa yg kita buat semua ada balasannya kan dr...saya kagum dgn dr....

    ReplyDelete
  7. sy kagum dgn dr...buat apa nk pikul dosa dia..kemudian hari msti Allah tunjuk kekuasaanNya...

    ReplyDelete
  8. Ish Salma ni, buat penat je hati I kembang, ingatkan kagum apa tadi, ha ha, acah je. Sebenarnya menurut kawan reporter I, memang ramai org Melayu (dan Islam) yg jumpa Dr kat sini atau kat Yala, Thailand untuk buat TOP (termination of pregnancy).

    ReplyDelete
  9. Salam Dr,

    Saya pun ada masalah yg sama mcm Mira ni.tolong sy doc. what should i do :(

    Soalan:
    Saya berkahwin selama hampir enam bulan, namun saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

    Suami juga tidak memaksa saya untuk melakukan hubu­ngan kelamin, tetapi saya selalu berasa bersalah. Untuk pengetahuan puan, kami pernah cuba untuk melakukan hubungan seks namun apabila waktu tusukan, saya menolak suami saya.

    Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan rasa takut itu. Saya sentiasa rasa bersalah apabila tidak dapat melayan kehendak nafsu suami. Apa­kah yang harus saya lakukan?

    Mira,
    Kuala Lumpur


    JAWAPAN:
    Kadangkala saya menerima pasangan dengan masalah sedemikian, malah ada beberapa pasangan yang sudah berkahwin selama lebih lima tahun.

    Anda dinasihati berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan kaunseling awal. Pemeriksaan fizikal ke atas alat kelamin luaran sehingga ke selaput dara juga boleh dilakukan.

    Lazimnya pemeriksaan dan penerangan menggunakan gambar rajah dapat membantu wanita memahami struktur anggota kelamin mereka dengan lebih mendalam dan berasa lebih yakin serta ‘berani’ melakukan hubungan seks.

    Lazimnya wanita ini didapati tiada masalah fizikal, ia berpunca daripada kebimba­ngan atau ketakutan setelah mendengar cerita rakan atau saudara serta kepercayaan bahawa selaput dara mereka terlalu tebal dan seumpamanya.

    Kebanyakan pasangan tidak memerlukan apa-apa ubatan selain gel pelincir, itupun untuk permulaan saja.


    macam mana nak kontek Dr. ye? ada benda nak tanya..agak privacy sk

    ReplyDelete
  10. Mai datang klinik. Dalam sebluan, selalu ada 1-2 couples mcm ni, bukan U sorang. Maaflah, saya tak dapat bagi hp nu pd patient kecuali yang sedang dalam rawatan IVF sebab ubat2nya danprosesnya berisiko.

    ReplyDelete
  11. Dr ada kat klnik mana skarang? camne nak buat appointment?

    ReplyDelete
  12. Esok last day di Pantai Bangsar, lepas tu bercuti sesuka hati sehingga lepas sekolah dibuka semula (5hb). Mulai next year:

    Isnin hingga Sabtu pagi di Pantai Bangsar.
    Selasa & Khamis petang di Pantai Bangsar

    Isnin dan Rabu petang di Pusrawi.

    ReplyDelete
  13. ada jugak org macam tu yg senang2 nak buang..dah Allah bagi rezeki walaupun dia kata 'accident'..ramai lagi org yg nak tapi xdpt..xbersyukur langsung..kalau sy jd doc pun sy marah..haih..tetiba ter emo baca entry ni..huhu

    ReplyDelete
  14. Salam dr,umur sy 27 thun,since bulan lpas sy dah dtg period setiap 2 minggu,sy nak tanye dr le,npe ye jd mcm tue,sy dah adA anak seorang,

    ReplyDelete
  15. assalam, pls add me :nbid_0505@yahoo.com

    ReplyDelete