Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 25 March 2010

Endometriosis


I love the lighting effect by adding wooden beams (hidden fr the view) below the ceiling lamp. Our corridor tepi tangga n courtyard.



Apa itu endometriosis?
- kehadiran tisu menyerupai endometrium di lokasi lain dari sepatutnya
- endometrium pula adalah tisu yang membentuk lapisan terdalam dinding rahim. Endometrium membentuk tempat perlekatan janin (jika ada persenyawaan). Jika kehamilan tidak berlaku, endometrium akan bercerai dari dinding rahim yang lain dan membentuk haid.


Apa puncanya?
- pebagai teori
- most popular theory - retrograde menstruation (darah haid memasuki tiub falopian dan tumpah ke dalam ruang pelvis, kemudiannya "hidup" mengikut hormon pusingan haid dan lama kelamaan menjadi semakin teruk), walhal sepatutnya semua darah haid ini turun ke faraj


Apa kesan endometriosis kepada seseorang?
-ramai yang tiada simptom
ada yang mengalami 1 atau lebih daripada simptom-simptom ini:
- senggugut (dysmenorrhoea) pelbagai tahap (tiada kaitan dengan tahap endometriosis, ie jika senggugut sedikit sahaja tidak bermakna endometriosis juga sedikit sahaja. Sebaliknya jika senggugut teruk, tidak semestinya bermakna endometriosis juga teruk)
- sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
- masalah kesuburan (terutama apabila ia mencacatkan laluan tiub falopian) atau merosakkan ovari
- bengkak abdomen seperti ada ketulan (ovarian endometriotic cyst yang besar)


Apakah kaitan endometriosis dengan kesuburan?
- kajian mendapati lebih ramai wanita dengan endometriosiis peringkat III dan IV mempunyai masalah kesuburan berbanding wanita sihat.
- bagi endometriosis peringkat I dan II, ia tiada kitan dengan gangguan kesuburan


Nama lain endometriosis?
- endometriosis adalah nama am
- apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim, ia dinamakan ADENOMYOSIS
- apabila endometriosis membentuk cyst di dalam ovari, ia dinamakan ENDOMETRIOMA endometrioma (yang juga disebut chocolate cyst atau endometriotic cyst)
- di tempat2 lain, endometriosis tiada nama khusus, hanya guna nama endometriosis sahaja


Jangan keliru dengan endometritis (peradangan akibat jangkitan kuman di dalam ruang rahim)


Bagaimanakah mendiagnosis endometriosis?
- diagnosis sah hanyalah secara "direct visualization" sama ada secara pembedahan laparoskopi diagnostik atau secara laparotomi
- walau bagaimanapun, diagnosis provisonal boleh disyakki melalui pemeriksaan fizikal (ketulan, cervix deviated to one side), ultrasound trans-vaginal (rahim retroverted/terbalik atau senget, ovari - cyst, position not in place), fluid collection during menstruation (most probably menstrual blood)


So, anda boleh mengesyakki diri anda mempunyai endometriosis jika:
- anda mempunyai senggugut, atau
- anda mengalami sakit ketika hubungan seks, atau
- anda mempunyai masalah kesuburan, atau
- anda berasa perut membengkak, atau
- anda mempunyai kakak atau ibu dengan petanda yang sama (endometriosis boleh bersifat keturunan)


Pembedahan merawat endometriosis bagi wanita yang mengalami gangguan kesuburan adalah suatu seni yang subjektif. Ia perlu dilakukan secara berhati-hati, penuh kesabaran tanpa mementingkan masa, serta tidak mengakibatkan lebih keburukan terutamanya kepada ovari yang mengandungi bekalan benih telur yang tidak akan bertambah lagi pada sepanjang hayat wanita.


Setelah cyst pada ovary dibuang, permukaan yang luka dan kadangkala berdarah) itu perlu diberi perhatian dalam menghentikan pendarahan, tidak perlu tergesa-gesa dengan kerap mengenakan arus elektrik (diathermy) yang boleh memberi "heat trauma" dan merosakkan tisu ovari yang masih sihat. Teknik seperti tekapan (mengenakan tekanan) ke atas pendarahan tersebut dan jahitan adalah teknik-teknik yang bersifat less traumatic. Doktor sepatutnya memberi lebih perhatian dalam hal ini, terutamanya bagi wanita yang masih menginginkan kehamilan.

68 comments:

  1. Assalamualaikum Dr. Saya tak pernah berjumpa dengan doktor, tapi saya rasa berterima kasih sangat pada Dr di atas kewujudan blog ini. Utk pengetahuan dr, saya mengalami endometriosis stage 4. saya telah lakukan pembedahan pada Jun 2008, dan membuat IUI sebanyak 4 kali di HKL tetapi gagal. Semalam saya baru keluar hospital selepas pembedahan ke2 kerana recurrance of endometriosis. saya akan terus buat IVF selepas ini. adakah ini tindakan terbaik? Appreciate your advise. Thanks dr!

    ReplyDelete
  2. ivf memang kaedah terbaik untuk semua org cuma x semestinya perlu. ada beberapa soalan:
    -stage berapa?
    -kena ambil injection lucrin/zoladex x?
    -blood test Ca125?
    -melibatkan ovari? kalau ya, berapa blood test day 3 FSH?

    ReplyDelete
  3. Thanks dr. Kali kedua ni Dr sahkan saya stage ke3. Semalam ialah day 2 saya, ujian darah untuk E2: 275.6pmol/L, dan progesteron 4.9nmol/L. Hanya dua parameter je yang check semalam, then Dr bagitau saya tak sesuai lagi untuk IVF. Jadi, Dr terus bagi zoladex semalam. 15/5/2010 saya akan ambik second dose. lepas tu baru Dr akan asses saya untuk IVF. Utk pengetahuan Dr, summary report saya berbunyi : Laproscopic right cystectomywith left cyst evacuation & adhesiolusis for grade 3 endometriosis ( recurrent endometrioma). Terima kasih banyak2 Dr!

    ReplyDelete
  4. Pembetulan nama op: laparoscopic right cystectomy, left evisceration (mcm cystectomy tapi khas utk cyst endometriosis) and adhesiolysis. Diagnosis stage 3 endometriosis.

    I x buat progesterone utk day 2 sebab memang value dia rendah. Susah nak komen apa dr lain buat, x ethical pun.

    ReplyDelete
  5. Dr, seorang kawan (wanita) menghidap tumor ovari. Mengikut doc ia sudah pada stage 4. Pada 2008 kawan ini telah membuat pembedahan untuk membuang tumor ini. Namum nampaknya ia tumbuh kembali. Soalannya.
    1. Adakah perkara ini akan memberi kesan terhadap kehamilan apabila dia berkahwin nanti?
    2.Adakah masalah kehamilan ini ada rawatannya.?

    ReplyDelete
  6. Kena tahu apa nama tumor ovarinya. Mungkin ovarian endometrioma (nama lain: endometriotic cyst atau chocolate cyst).
    Tumor ada banyak jenis. Kalau endometriosis stage 4, ada peluang hamil tetapi rendah sebab biasanya struktur organ peranakan terutamanya tiub falopian rosak, so sperma susah nak bertemu ovum. Ada rawatan kesuburan.Kalau tumor jenis lain, rawatan ikut jenis tumor.
    Buat masa ni, mungkin sesuai jika dia ambil ubat, tapi jumpalah doktor dulu untuk tgk sekarang macamana, scan, cek darah etc.

    ReplyDelete
  7. Dr, menurut kawan saya, tiub falapio beliau tidak terjejas walaupun mengalami endometrosiss stage 4 dan telah menjalani pembedahan.
    Menurut doktor, ovari menghasilkan telur yang sedikit. Selepas operation beliau mengambil suntikan lucurine selama 6 bulan. beliau juga membuat scan dua bulan sekali

    1. Apakah jenis ubat yang perlu diambil ?
    2.Apakah jenis rawatan kesuburan yang sesuai?

    ReplyDelete
  8. Mmm...susah nak komen sbb bila darah periiod dah masuuk ke dalam ruang pelvis, darah tu kena lalu tiub falopian. Mayb Dr ckp tiub x tersumbat (tapi camne Dr test sbb kawan belum kahwin kan?). Anyway, x tersumbat bukan mesti bermakna tak melekat2/tersekat2. Nanti bila dah kahwin, x yah tunggu lama2 utk pregnen, takut lama2 lagi susah. Lepas Lucrin, Dr ada suruh buat blood test Ca125?

    ReplyDelete
  9. Pertama sekali sy nk ucap terima kasih dan maaf kepada Puan Dr Adilah kerana mengganggu dengan soalan soalan yang banyak.

    Menurut kawan sy, lepas ambil suntikan lcurine selama 6 bulan, doktor hanya suruh dia buat scan dua bulan sekali. Doktor tak suruh buat blood test pun. perlukah buat blood test tue? sekarang dah tumbuh blik 3.5 cm

    ReplyDelete
  10. pertama sekali nak ucapkan terima kasih kpd doktor kerana sudi menjawab soalan2 kami.

    Menurut kawan sy, selepas mengambil lucrin, selama enam bulan, doktor hanya suruh scan setiap 2 bulan sekali. Doktor tak pernah suruh buat blood test. Perlukan blood test dan untuk apa blood test tersebut. sekarang tumor tu dah tumbuh semula sebanyak 3.5 cm

    ReplyDelete
  11. salam dr, sebagai muslim, boleh ke kita buat IVF dalam bulan puasa? terima kasih!

    ReplyDelete
  12. Nadirah: IVF danIUIbiasanya dr2 buat siang. Kesian nanti kat husband sebab keluarkan air mani, kena ganti puasa dua bulan berturut2.

    Si Pemburu : kalau kawan belum kahwin, dr mungkin x buat apa2 sangat kecuali bila dia sakit atau cyst main besar. Ca 125 untuk monitor penyakit tu , di samping petanda sakit dan scan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah saya dapat input pasal Endometriosis ni. Tak sabar tunggu entri Dr Adilah lagi. Saya baca setiap entri yg doktor tulis. Semua sgt informatif untk O&G posting saya kali ni. :)

    Hafiz

    ReplyDelete
  14. Tinta Penaku - seronoknya ada colleague berminat. Cubalah bagi komen/counter-suggest jugak, cuma jgnlah negatif sgt, nanti saya kecil hati :)

    ReplyDelete
  15. salam...
    1st of all tq so much sb salurkan info yg very usefull utk di kongsi semua...
    sy ade few question utk diajukan kt dr..
    sy brumur 26 thn dn br 3 bln kawen..
    masalahnye sy ade alami kesakitan di bahagian ari-ari semase mlakukan seks..tp bkn selalu,hanye merasa kesakitan jika di posisi tertentu sahaja..
    sy ade sedikit senggugut,yg sy anggap takde la sakit sgt dan haid sy tidak teratur...2 bulan ok pastu sebulan x dtg period..pas2 ok blk...sy risaukan kot2 sy alami endometriosis (eh btul ke sy eja ni)
    sy mintak pandangan dr, ape yg patut sy buat skrg..risau kalau tangguh2 kot jd masalah plak nt..lgpn sy nk cpt2 dpt baby...

    sebelum akhir bicara...
    sy really enjoy baca blog dr...
    semoga Allah memberkati ape yg dr buat ni...
    wassallam

    ReplyDelete
  16. SS20 - ermm...ramai juga yg minat topik ni ya. Gi la jumpa doktor. Kalau dah masuk 6 bulan kahwin tapi belum pregnan n ada tanda2 musykil eg senggugut (walaupun sikit) n sakit ketika/selepas seks, mungkin ada sebab berkaitan endometriosis. Tak yah tunggu setahun.
    Apa2pun terima kasih atas penghargaan dan harapan, saya kembang sekejap :) Aamiiiin

    ReplyDelete
  17. salam dr....

    happy nyer dr. reply comment sy...
    terima kasih atas nasihat percuma dari dr. yg sgt berguna utk sy ni...
    insyaAllah sy akan luangkan masa utk buat pemeriksaan..

    semoga dr dilimpahi rezeki dan keberkatan dari Nya...
    amin..

    ReplyDelete
  18. salam doctor..
    saya nk tnye..ade kemungkinan tak klau kita tgh ambil lucrin, kita boleh termengandung..sbbnya sye sering lewat dari tarikh yg telah ditetapkan oleh doktor..kdg2 smpi 2minggu lewat..

    ReplyDelete
  19. Ramai betul peminat endometriosis ni ya.
    zayra - pesanan penting sepanjang penggunaan lucrin, MESTI GUNA PRECAUTION UNTUK MENCEGAH KEHAMILAN. Sebab dikhuatiri lucrin ini memberikan kesan kpd janin. Lucrin tak mencegah kehamilan, so kenalah ambil precaution eg suami pakai kondom. Ada 2 dos berbeza, 3.75mg sekitar RM400 diberi setiap 4 minggu and 11.25mg sekitar RM 1200 diberi setiap 12 minggu. Slps lucrin pertama, akan dapat period tapi lain macam sikit. But slps lucrin kedua dan seterusnya TAK SEPATUTNYA DAPAT PERIOD. Camne u asyik dapat period ni ? (walaupun terlewat 2 minggu)

    ReplyDelete
  20. salam dr saya peminat ruangan doktor HM.,
    saya br laparatomy buang cyst dan endo.dah 2nd lucrin(drp 6x) soalan sya boleh x sya stop ambil lukrin pd 3rd lukrin sbb x tahan kesannya even amil livial..jg kos di hos jb yg mahal..tqvm sgla nasihat dok

    ReplyDelete
  21. Apa stage endometriosis U? Kalau stage 3 or 4, and kalau tak berhajat nak pregnen, Dr biasanya suruh ambik utk 6 bulan. Kalau nak pregnen, ambik 3 bulan je sebelum check semula sama ada dah boleh teruskan treatment kesuburan. Lebih2 lagi kalau ujian darah Ca125 tinggi. I biasanya tak bagi livial tetapi EPO n calcium shj. Kalau teruk sangat kesna samping, saya mungkin bagi estrogen tapi dos rendah macam dalam HRT. Livial memang elok sebagai HRT tetapi biasanya dr akan bagitau siap2 kat patient; "bila mula makan livial, 2-3 bulan pertama kena sabar, sebab kesan oanas etc makin terasa, lepas tu baru OK". Tu sebab I tak bagi livial dalam endometriosis on injection lepas op, sebab nanti makin teruk terasa panas, sakit belakang, pedih perut, kering dll. Tapi, Dr eija mungkin lebih berpengalaman dalam hal ni n say otherwise. Apa2pun, dia Dr eija, kenalah dengar nasihatnya.

    ReplyDelete
  22. Salam doktor,

    saya baru je buat pembedahan laparascopy 4 bulan lepas utk membuang choclate cyst yang bersaiz 6mm. Saya tak pasti berada dlm stage berapa. Sekarang saya perlu mengambil suntikan zoladex 3.6mg selama 6 bulan. Saya ingin terus mengandung, tapi doktor mengatakan pesakit endometriosis ini chances utk mengandung adalah tipis. Apa komen doktor?

    ReplyDelete
  23. Lululina - brapa umur? Anyway, susah nak imagine cyst sekecil 6mm (ke 6cm) sahaja mempunyai peluang tipis hamil. Biasanya Zoladex diberi kalau endometriosis dah stage 3 or 4, dan dalam kes rawatan kesuburan, lepas 3 bulan je mungkin dah cukup n terus follow dgn ubat kesuburan, kecuali kalau selepas 3 bulan review menunjukkan belum pulih lagi eg ujian darah Ca125, scan etc. Kena tanya dr u lebih lanjut- stage berapa, taburan endometriosis (selain pd cyst ovari), laporan bertaip histopatologi. Kalau buat secara laparoskopi, biasanya dr ada rakamkan n bagi salinan VCD kat pesakit.

    ReplyDelete
  24. as-salam doc adilah..sye baru buat laparoscopy on lst 24th january..actlly doc tu nk check my fallopian tube sumbat ke x since ive been trying hard to conceive plus i salu dpt ovulation pain..so masa laparoscopy..doc diagnosed i ade endo.tpi mild le..endo yg jenis yellow patches/red blister..tu pn dok merata luar n blakang uterus shja…nk tye ada gangguan ke dgn kesuburan sye (umor sye 36 taun. anak dh 3..yg bongsu is 6 yo..25dys regular menses cyle..penah skali miscarriage in 2009).. i dh buat endocrine test. result OK..ade ovulating..lps surgery tu..doc bagi injection lucrin..die advise amik for 6 mths.. soklan sye..:

    1/bole x i jst amik lucrin tu for 3 mths jer..x tahan la side efect die..:)igt nk counter propose doc i tu nti on my next injection date ....1st mth ni still dpt menses lagi..tpi melarat2 la spotting tu klua..kjp ade kjp tader..n i x sure betol ke mild endo ni betol2 kacau kesuburan i...
    2/ada my fren nie kes sama mcm i..tp die dpt yg choc cyst.dh buang n d beri lucrin jgk...lps beh kurang setaun die stop lucrin nie..die dpt fiborid pulak dah..mcm mane bole blaku ..ke kesan dr injection tu?
    Appreciate ur advice..…TQ

    ReplyDelete
  25. mama-ppg : (dulu pn saya terpaksa seronok tgk PPG,sekarang anak dah besar :)
    Tya Dr - apa stage endometriosis u? Kalau ada VCD, boleh tgk semula. Ada scoring system sebelum Dr buat keputusan endometriosis stage apa, utk setiap belah kanan dan kiri serta belakang, ada markah.
    Seingat I dari dulu n update sekarang, kalau endometriosis peringkat mild or stage 1 and 2, boleh teruskan dengan rawatan kesuburan selepas itu sebab:
    - tak de kaitan kuat dgn problem kesuburan
    - hanya menambah masa sahaja, n usia pun semakin meningkat

    Lps 1st injection GnRH analogue (lucrin atau Zoladex) memang pesakit akan diberi peringatan yg beliau akan dapat period jugak serta period tu lain macam ie berpanjangan spoting etc, so tak le panik. Tetapi slps inj ke-2 sepatutnya dah tak dapat period dah.

    Bila Dr diagnose endometriosis, Dr akan cari ada tak fibroid sebab kedua2 ni berkawan. Likewise, bila ada fibroid, Dr akan cari ada tak suspicion of endometriosis. Mungkin fibroid tu dah ada dari dulu lagi sbb fibroid ni slow growing.Injection tu sepatutnya 'pause' kan pembesaran fibroid or kecilkan sedikit fibroid (usually by 25% je). Lepas stop, fibroid akan membesar semula atau fibroid baru boleh muncul.

    ReplyDelete
  26. wow!!..cepatnya doc adilah reply..really appreciate it..*excited mode*
    noted..ntile time jumpa my gynae i will ask abt stage endo tu..n markah2nyer..:)
    actlly i nk concieve cepat2.since umo pn dh nk lanjut ni..frm my fren nyer experience..eventho die dpt lucrin tu for 6mths..die stop period nt only for 6mths..tpi blanjutan hingga 10 bulan..even dkt forum site lain pn ada yg experience d same..
    meaning..if i were getting 6mths injection..paling2 i d ramalkn bole concieve is end year onwrds..so doc..is it OK if i jst take lucrin for 3 mths..n start wt rawatan kesuburan terus..sbb masa itu emas..

    ReplyDelete
  27. kena dgr advice Dr u, I bukan Dr u tau. Ada recent studies yg suggested x yah bagi GnRH analogue pun. Almost all pt i ambik 3 months je, then i reassess termasuk buat vaginal scan n bld test Ca125, bila OK, berhenti n tunggu period sblm start treatment.
    Period mmg akan delayed by 3-4 weeks.

    ReplyDelete
  28. hehe..mahafin doc adilah..tlalu obses dgn ur valuable advice..(i wish i cud see u..insyallah)
    akan discuss further dgn gynae i tu.(a man thou..:)..again..thnx a lot yer doc...

    ReplyDelete
  29. No worries :) Compared to others yg belum pernah pregnen, ur chance of conceiving is much higher, insyaAllah. Cuba buka website www.rcog.org.uk then masuk women's health, ada topik pasal endometriosis. Ramai org Malaysia ni ikut British system, termasuklah medical guidelines.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Dr... sy berumur 30thn this yr. Sudah 3 thn kawen dan masih blm ade cahaya mata. Sy di diagnose ade endometriosis sejak sebelum kawen, klu x silap sejak berumur 22thn. sy dah pernah buat 2 kali laproscopy dgn 2 Dr yg berlainan. Kali terakhir 3thn lepas dan masih simpan vcd procedure tu. From the last laps yg sy buat, Dr tu ade bgtau endo sy dlm kategory mild dan tiub fallopian x tersumbat. dia ade sebut yg jika sy nk pregnan sy kena amik injection (lucrin klu x silap) selama 6 bln utk stopkan period sy sementara waktu, tp sy x continue disebabkan kos yg terlalu mahal dan sy x mampu. sejak drp itu sy blm pernah buat apa2 rawatan sehingga sekarang.
    Q1: Sy masih mengalami senggugut dan period sy kurang 'memuaskan hati' whereby dia akan keluar chocolate stain selama beberapa hari, kadang2 1-2 hari stain tu keluar then dia akan stop selama 2-3 hari sblm the 'real' period keluar itupun. Adakan ini menunjukkan endo sy semakin teruk?
    Q2: Utk mengurangkan period pain tu, sy skarang mengamalkan mkn jamu kg. Adakah jamu blh jadi salah satu rawatan utk endo?
    Q3: Perlukah sy menjalani laps procedure skali lg utk mengetahui keadaan endo sy skarang?
    Q4: Apakah yg Dr blh suggest utk sy buat bg usaha sy utk mendptkan cahaya mata? nak sgt baby.... huhuhu...

    ReplyDelete
  31. dr adilah...sy sedg jalani rwtan kesuburan dgn dr O&G...check up baru2 ni..dr syaki sy ada endo sebesar 2cm, dan saya sedang mengalami pendarahan (seakan period) sudah 7 hari. sedangkan saya baru sahaja period dalam bulan ini. maksudnya sewaktu subur saya telah period lg..dr minta saya dtg checkup lg setelah abis period betul2...
    soalan saya:-

    1. period sebegini adakah berpanjagan? ini adalh simptom endo rite :(? akn berhenti tak? sy sudah risau...ada sudah rasa letih n lesu..
    2. mungkin tak period yg saya alami skrg...akan keluar sekali endo tu??memandangkan endo sy masih kecil..

    untuk mkluman saya berumur 31 thn dan mempunyai seorg anak 4 tahn..

    ReplyDelete
  32. maszlienel17@gmail.com
    nanti add saya kat my clone ek?tqvm :)

    ReplyDelete
  33. Simple.Beauty - kalau mild endometriosis, lps surgery boleh terus start rawatan kesuburan tanpa ambil lucrin. Tp kalau tak nak pregnen dulu, eloklah ambil lucrin 6-9 months sbb nak kurangkan bilangan period. Klu moderate or severe - biasanya ambil lucrin utk at least 3 months sebelum start rawatan kesuburan. Simptom endometriosis tak de kaitan dgn keterukan endometriosis, ada yg senggugut teruk tapi bila operate - mild je. Ada yg sakit sikit p bila operate - teruk melekat sana-sini.
    ENdometriosis bermakna tisu/darah period di tempat selain drp ruang period dalam rahim ie. ia tak kan keluar ikut rahim tu sebagai period. Gi la check dgn dr u dulu.

    ReplyDelete
  34. assalam doc..kawan sy mntk tolong sy tnya doc..dia ada kata kdang2 haid dia datang lambat..kalo datang lambat,kluar byk darah..dlm 15min kne tukar pad lain da..kdang2 ada keluar mcm ketulan darah..drh 2 gelap mcm nk warna itam pn ada..dia slalu kata sket pinggang..dia kata dia ada senggugut..tpi sakit sngt2 smpai kdg2 xleh bgun,xmcm org lain..skrg nie plak,ble dtng haid,rasa pening..kalau mkn,rasa loya,nk muntah..mengikut pengalaman doc,mngkin dia ada sket apa??
    harap doc dpt membantu..

    ReplyDelete
  35. AimRiddler - mungkin fibroid (sebab darah banyak) bersama endometriosis (sebab senggugut n endometriosis tu kawan seiringan jalan dgn fibroid). Both endometriosis n fibroid hidup 'sihat' dengan estrogen. Pening mungkin sbb hilang banyak darah n circulating fluid volume. Loya nmuntah mungkin sbb hormon or senggugut. Sekian 'tilikan' saya :)

    ReplyDelete
  36. Salam,

    Wah, worth reading article :)

    Sy baru je selesai myomectomy 22 Feb lepas. Histology report - leiomyoma 11cm and endometrioma 5cm, tp sy xtau stage brapa. sbb xtau ada stage2 ni rupanya.

    Saya dh amek 2 injection lucrin (dosage xpasti plak) period mcm abnormal sket, ble bc kt blog ni bru tau mmg dh xde, tp kjp ada spotting tu. sy period ms both injection tu. i guess the next appointment pon dkt2 time period tu, should I suggest doc tuk tkr appointment date ke cmne, sbb I suppose lucrin suppress period kn, tp sy period je..

    Nway, doc's finding, fallopian tube sdkt bgkak and left ovary (endometrioma) 'xcntk'. So chances of pregnancy 30-70% doc kata. Sedih.Sy belum kawen, and planning this Sept to settle down. Sy patutnya cpt2 try dpt baby, or tunggu dlu sbb tkut uterus xsihat lg ke?

    Thank you for your advice, I need a 2nd opinion on this.

    ReplyDelete
  37. DR, saya terlupa samada dah post soalan ni,
    saya sedang ambil lucrin 3 bulan selepas lap, nak TTC/IVF selepas semua ok, bila boleh mula ambil folic acid ye?TQ

    ReplyDelete
  38. Salam Dr,

    Sy telah 2 tahun berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata. Permeriksaan bersama my gynae sy disahkan rahim retroverted & endometriotic cyst. Sy telah diagnose pada 28/12/10 & telah diberi injection ketika opration tersebut. Sy tak berapa faham part injection tersebut kerana menurut my gynae injection tersebut perlu diambil setiap 3 bulan sebanyak 3 kali.

    Persoalan sy, bilakah sy bole memulakan rawatan kesuburan? kerana sy bercadang untuk melakukan iui pada bulan April.

    ReplyDelete
  39. cSHMR - u ada kedua2nya - fibroid n endometriosis. Utk endometriosis, at least ada involvement pd ovari kiri (endometrioma) and tiub (sblh mana?), I jangka at least stage 3. Anyway, berapa level bld test Ca125 u?

    Biasanya pt on lucrin hanya period slps inj pertama sahaja. Lps inj seterusnya dah tak patut ada period kalau ambil ikut jadual (setiap 4 minggu or selewat2nta setiap 30 hari). Kalau period jugak, mungkin ubat lucrin tak sesuai n dr akan suggest ganti dgn brand lain (yg jarum besar itu)

    Memandangkan u nak kahwin Sep ni, mungkin dr u akan suruh ambil inj sehingga 6-9 bulan (kalau masih bertahan menghadapi kesan sampingnya). Op ke atas rahim usus sembuh dalam masa 3 bulan, tapi I selalu advise pt yg lepas op rahim utk tunggu at least 6 bln (ie bersalin seawal2 6+9 bulan slps op)

    ReplyDelete
  40. areina - TTC tu apa?
    Anyway, boleh ambil folic acid dr sekarang pun. A type of vitamin B je. Bukan ubat kesuburan pun. Elok utk mengurangkan risiko kecacatan otak & saraf tunjang baby. Elok juga utk kesihatan otak kita (ada kajian kata mengurangkan risiko nyanyuk nanti).

    ReplyDelete
  41. Thanks DR for your advise. TTC tu trying to conceive hehehe..ok, saya akan mula ambil Folic Acid and Calcium yg dr bekalkan.

    ReplyDelete
  42. time ksh doc..ok2..tq yaa.

    ReplyDelete
  43. DR, selepas ambil lucrin pertama, dr mentioned akan dapat sekali period tetapi lain macam sikit that is the pattern and the duration, macamana dengan hari period tu datang?Since saya ni regular around 25-31 days, average 29 days..but after first injection tu it arrives on day 23.Is that ok,considering being lain macam tu.. is it? :)
    One more thing dr, sesuaikah kita bersenam di Gym sewaktu period, like cycling, heavy lifting etc..? TQ

    ReplyDelete
  44. salam doc,

    sy da kawin 3thn, awal thna ritu, doc sahkan sy retroverted uterus w mild pcos and endometriosis. doc suggest buat operation, tp kalau bole sy xnak operate2 ni.

    now my period is delay w -ve upt. :-(
    i thought klu lepas period dtg, im going for hsg then iui.

    with my current condition, which way is the best for me to choose? poceed for operation or go step by step? its been 3yrs now, i really want to get pregnant.

    seek for your advice.

    thanks. ayu

    ReplyDelete
  45. mazhayu - umur brapa? air mani husband OK tak?
    I practice evidence-based medicine. Thus, I don't do surgery to correct retroverted uterus. It is 'to check what causes retroverted uterus' yang penting and treat the disease, not the positon.

    Can u ovulate spontaneously without requiring medicine? Or, if medicine is required, can u ovulate? Kalau tak, barulah dr wd suggest surgery. Even though surgery gives higher result, but it is a surgery, I would always try simpler, cheaper n non-operative method/s.

    I reserve HSG for those yg uterus anteverted (not retroverted, not tilted to the sides), ovaries in normal location, nothing to suggest endometriosis or PID. Tapi tak salah kalau u nak buat HSG jugak, cuma bear in mind, it does not give much info. For tubal status, it only tells whether your tubes are blocked or not. and endometriosis rarely causes tubal blockage,it damages the tubes to some extent but not completely blocking them.

    ReplyDelete
  46. dr adilah,
    thanks for your reply. umur i masuk 26 dis yr, hubby 30.
    previously, doctor penah bg i makan progestrone utk stablekan period. so klu mkn, ok la periodnye. if not, sure tunggang langang.

    then i consult gynea cos nk pregnant. dia bg i clomid 3 cycle. tp i mkn 2 cycle je. masa i mkn, i monitor eggs mmg byk kuar n matang. doc suruh i try natural. but still xde rezeki. then huby check sperm, count bia byk but normal sperm is only 18%..

    then we consult gynea lain plak, dat time dia bgtau i retroverted w mild endo n pcos( sbb tu la kot period delay n acne).

    now as da masuk 3thn kawin, so i n huby decide, nak proceed iui je as my irregular period plus hubby condition.

    so sud i proceed for iui or do hsg 1st? as gynea i ckp klu wat hsg can open up sket my tiub tu. is it true?

    by da way, my sister pon retroverted jugak, tp rezeki dia 4 org anak :-)
    tu la yg merunsing kan i... wat sud i do now?

    ReplyDelete
  47. oh ye, doc ckp endo can damages da tubes? so klu buat hsg dia still bole detect kan tubes tu ok or not?

    klu mild endo yg i ada ni, can i just proceed for iui?

    ReplyDelete
  48. saya berusia 42 tahun,barul selesai pembedahan endometrioma pada 28/6/ 2011 yang melibatkan semua alat reproduktif terpaksa dibuang.saya nak bertanya doktor,perlukah saya mengambil hormon?Apakah kesan sekiranya saya tdak mengambilnya untuk jangka masa panjang?

    ReplyDelete
  49. dr,sy nak tanya..br2 ni sy bt ultrasound n dr ckp sy ada uterine fibroid 2.2cm,cervix fibroid 1.8,right ovarian cyst 2.4..doc kata tak merbahaya dan ada ubat,tp doc tu tak bg apa2 ubat pun 4 next review pun tak..pastu sy pun tak ambik kisah sgt..tapi after few week masa mestrual sy pada 06/11 sgt2 sakit pinggang dan rasa menghiris dekat bawah perut.dan darah sgt cair dan banyak dan kesakitan berlarutan setelah habis menstrual..dan pada 18/11 kesakitan itu bertambah dan sy berjumpa dgn doc yang lain dan doc itu kata ada endometriosis n kedudukan rahim saya terbalik..pun x bgtau apa langkah sy seterusnya..cuma bg saya makan relax muscle dan tahan sakit.dr tu jg bgtau kalo sakit sgt dia suruh dtag utk bagi injection..tapi saya kurang faham ttg endo dan stlh sy cuba google utk lebih memahami ttg endo ni..dan terbaca blog dr Adilah..rupa²nya endo ni ada stage dan sy tak pernah diberitahu doc..FYI,saya berumur 30thn dan sdh ada sepasg cahayamata..pls..give better advice coz skrg ni macam malas nak pi doc da,kalo btul sy hanya kena makan relax muscle n painkiller jer..tapi rasa membengkak di bawah perut sebelah kanan..menghiris2 tu dtg selalu dan setiap hari mengganggu rutin harian saya..sy tidak secergas sblm ini dan lebih rasa sakit bila kencing,kentut dan buang air besar..perlukah sy jumpa dr yang lain?

    ReplyDelete
  50. salam dr..sy nk tanye..sy disahkan ade fibroid luar rahim 8cm.pastu dr sy bg lucrin 3bln..then akan operate buang fibroid bln yg ke3 amik lucrin sblm kesan ubat abes..mase inject yg 3rd fibroid sy kecik jd 6.5cm..sy nk tau lucrin ni ble bg fibroid tu kecil ke?

    ReplyDelete
  51. salam dr. Adilah,
    saya ade wat laporscopy (maaf dr. kalau silap ejaan) endo last year n then last week on 11/2/12 sy amik injection lucrin for 3 bulan.. saya nk kepastian, bila paling lewat period akan dtg balik? 3 bulan lepas last injection ke mcm mane? & sekiranya ter'pregnant' dlm tempoh itu adkh memberi kesan kepada janin sy nnt? Please help me doctor.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  52. Saya disahkan endometriosis dan saya ingin berjumpa doc utk rawatan ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya utk bertemu doc di Pusrawi minggu depan .. Amiin :)

    ReplyDelete
  53. salam dr..saya disahkan ada bilateral endometriosis..size 12cmx10cmx11cm..doktor terpaksa buang sekali ovari dan tiub kiri saya sbb dah rosak teruk.. ovari kanan doktor biarkan kerana masih ada bahgian yg ok.. saya diberi 10.8mg zoladex..soalan saya, bolehkah saya mengandung dlm tempoh ini? perlukah saya dan suami pakai protection utk elak hamil? dan sekiranya hamil apa yg patut saya lakukan..? harap dpt penjelasan dari doktor..

    ReplyDelete
  54. Dr.. isteri sy baru lepas jalani rawatan endometriosis.... Dr suruh buat rawatan kesuburan.....isteri saya juga ada ambik ubat biodex untuk tingkat kan kesuburan...boleh ke bercampur aduk?ke maintain biodex tu je? sbb dia rasa lps ambil biodex tu sakitnya dh makin kurang...ubat kesuburan tu yg jenis makan dua hari lepas period and perlu conceive two weeks after untuk dpt anak? adakah possibility telur dh takde?

    ReplyDelete
  55. salam..

    saya berusia 23 tahun, belum berkahwin& masih belajar.. beberape bulan lpas, sy tlh di diagnos endometriosis dgn max saiz 8cm, unilateral & multilocular.. doc ada sarankan utk buat laparoscopy, tp mcm susah sikit sbb sy sibuk dgn belajar.. hormonal therapy jgk mcm xsesuai utk diambil skrg katanya..

    bagi pendapat doc, apa kaedah rwtan terbaik utk sy?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum Dr,
    Saya telah menjalani laparoscopy utk endometriosis pada 4 sept 2012 yang lalu. Sy juga ada masalah hydrosulphynx tetapi disebabkan endometriosis yang teruk menyebabkan tiub fallopio saya melekat dengan ovari, jadi pakar yang merawat telah klip tiub fallopio sy. untuk makluman Dr, sy dalam proses untuk rawatan IVF. Saya telah disuntik dengan lucrin pd 5 sept 2012 (untuk 3 bulan), sehari selepas pembedahan laparoscopy dijalankan. Namun, masalah sy sekarang adalah sy mengalami pendarahan yang saya tidak pasti samada period atau bukan. pendarahan yang sangat banyak sejak 25 september 2012. dan sehingga 28 september, pendarahan masih lagi banyak. Saya ke klinik swasta untuk bertanya masalah saya dan Doktor berkenaan mmeberikan saya tranexamic acid untuk tujuan menghentikan pendarahan. Jadi saya ingin bertanya Doktor, untuk pesakit spt sy yg telah menerima suntikan lucrin yg menyebabkan berlakunya perubahan hormon, bolehkan sy mengambil tranexamic acid untuk menghentikan pendarahan tersebut? Menurut Doktor, melalui imbasan ultrasound yg dibuat, dia berpendapat pendarahan yang keluar itu adalah period kerana uterus kelihatan sedikit membengkak. Tapi saya tidak mengalami kesakitan seperti selalu. Harap dapat sedikit penjelasan daripada Doktor ya...
    Terima kasih banyak2 Doktor...

    ReplyDelete
  57. salam
    saya dah kawin 3 thn tapi msih blum ada ank. saya dah buat laparoscopic untuk buang cyct.dkter bagitau saya ada endometrosis thp 3.tiub fllopia saya sebel
    ah kiri tersumbat.selpas buat lapocpic saya di bg suntikan lucrin selama 3 bln.bulan petama injection saya msih datang pirod.2nd 3rd injection saya tak dtang pirod.dkter dah amik blood test.125.tpi result dkter tak bagitau saya.dokter suruh saya makan ubut hormon nama ubat tue ova-mit anti oestrogen.tapi yang buat saya kurang pasti ubat tue kene makan time pirod antara 2hari-6 hari pirod.masalhnye sekarng selepas saya amik injection lucrin saya masih belum datang pirod lagi.selepas 3rd dos tue dah dekat 2bulan saya x datng pirod.kalo boleh saya nak mintak pendapat dokter tentang kemushkilan saya nie.samada saya boleh makan ubat hormon tue walaupun saya masih belum datang pirod.

    ReplyDelete
  58. Salam doc..

    Saya baru 3minggu operate endo. Sekarang dalam mood MC. doc bagi saya injection lucrion yang boleh tahan 3-6month. Masuk minggu ketiga operation, saya datang period tapi dalam kuantiti yang sedikit. Adakah itu normal? Lebih menyedihlan lagi suami saya turut di sahlan doctor tidak mempunya sperma selepas membuat pemeriksaan sperma. Tetapi ujian darah menunjukkan normal. Doctor menyarankan dia untuk melakukan bioksi untuk mengetahui situasi sebenar. Kemudian menyarankan untuk kami melakukan IVF. tetapi suami mengambil langkah untuk memakan ubat sperma terlabih dahulu. Adakah ini cara terbaik? Kerana kos untuk IVF terlalu tinggi. kami baru3bulan berkahwin dan mengiginkan zuriat. Mohon nasihat doc.

    ReplyDelete
  59. Salam dr.
    Sy masih belum berkahwin dan tlh disahkan ade cyst. Sy baru membuat laparoscopic 13/12 yg lalu.. Ade forumer mengatakan tak blh minum pati haruan kerana blh menggalakkan hormon. Kebarangkalian utk cyst kembali lebih tinggi.. Mohon pendapat Dr ttg hal ini..?

    ReplyDelete
  60. salam doktor..saya nak tanya..saya pernah mengalami endometriosis sebelah kanan ovari dengan kandungan luar rahim sebelah kiri serentak..dah 6 bulan lepas saya bedah,dlm msa tu dah ambil suntikan lucrin..adakah susah untuk saya hamil sebab saya belum ada anak..agaknya apa pil yang boleh saya ambil untuk jalankan period seperti biasa?terima kasih..wasalam..

    ReplyDelete
  61. salam.. doc, saya telah menjalani laparoscopy pd bulan oktober 2012 di sebuah hospital kerajaan dan sekarang dalam rawatan lucrin. Lucrin pertama diberi pada oktober, dan kedua pada 2 januari. namun begitu, kini saya dapat tahu yang saya hamil 6 minggu. perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak hospital. saya ingin mendapatkan pandangan daripada doc berkenaan kesan lucrin kepada janin.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum Dr..
    Sy ada soalan nak tanya,
    Adakah normal wujudnya rasa sakit dan rasa lebam2 di bahagian antara pusat hingga bawah perut selepas pembedahan endometriosis dilakukan?

    Utk makluman Dr, pembedahan sudah pun selamat dilakukan pd 18 Jan br2 ni. Tp kesakitan perut masih terasa kuatnya walaupun luka di luar sudah hampir kpd pulih.
    Harap Dr beri sedikit penjelasan. Terima kasih byk Dr.

    ReplyDelete
  63. assalam Dr.
    kawan saya baru sahja mnjalani pembedahan endometriosis dalam 2minggu yg lalu.. selepas pembedahan tersebut, kawan saya mnerima suntikan lupron.. selepas itu, dia sukar untuk tidur..
    saya ingin tahu, apakah punca yg mnyebabkan kawan sy sukar untuk tidur?
    sy harap Dr. dapat memberi sedikit pnjelasan mngenai mslah ini..
    t.kasih

    ReplyDelete
  64. salam doc..sy ade kawan yg malu nk bertynye..kawan sy disahkn ade penyakit mcm cyst ovari..dah beliau telah pn mmbuat pembedahan..disebabkn beliau masih lagi ade pendarahan,beliau telah disuntik dengan ubat hormon..setelah bersama dengan suaminyer,dalam lingkungan dua minggu,beliau didapati mengalami galaja,kerap kencing malam,badan letih dan mengntuk,keluar cecair coklat pade pantyliner,kerap mengidam makanan yang tidak disuka,dan kerap mengalami kepala melayang.belau ade membuat ujian kehamilan dan ujian kehamilan itu positif..adakah sekarang ni,beliau mengandung atau effect pada ubat hormon itu..sbb doktor yang bagi suntikan hormon itu mengatakn bahawa beliau tidak akan datang haid selama 9 bulan..boleh doktor terangkn??

    ReplyDelete
  65. salam dktr,
    doc sy br menjlani pmbedahan cyst.(sebelah kanan)mula2 dr tk tau pun sy ada cyst.diorg suspec sy apendik.semasa mrk oprtion tu mrk jmpa cyst yg brukuran 4 ke 5 cm.dah twisted n pecah dan bdarah dlm perut sy,dr ckp mrk buang cyst tu dgn ovari sy sekali sbb dah rosak teruk(kering).hr ke 3 pmbedahan sy ade keluar darah sikit2 selama 3hr,dan hr ini dh msuk 12hr sy rasa sakit kat pinggang sbelah kiri sm rasa ketika sy sakit sbelah kanan dulu.apakah itu sakit biasa?apa kemungkinan cyst tu akn tmbuh lagi?

    ReplyDelete
  66. Salam doc sy nk tye blh tak semasa rawatan enjection lucrin selama 6bln dlm ms yg sama sy ambk acid folic dan obimen vit.sy br je hbs enjection utk 3bln skrg lg 3bln ejection nk ckp kan 6bln.

    ReplyDelete
  67. Salam doktor..saya Bernie 45 tahun Dan Ada hypertension Dan kencing manis..boleh ke saya mengambil tranexamic acid injection untuk kulit.

    ReplyDelete