Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 17 February 2010

Memahami Imej Ultrasound Trans-vaginal

Dalam rawatan kesuburan, ultrasound transvaginal perlu dilakukan terutamanya sewaktu pemantauan kesan waktu subur, lebih-lebih lagi jika ubat kesuburan digunakan. Ultrasound melalui perut/abdomen tidak dapat menilai sebegini tepat/lengkap.

Sebelum penilaian ultrasound dilakukan, saya biasanya akan memberi penerangan ringkas kepada pasangan supaya dapat memahami apa yang dipaparkan di monitor. Berikut adalah beberapa panduan:

(gambar akan menyusul kemudian ya)

1. Memandangkan permukaan alat/probe ultrasound berbentuk separa bulat (180') atau kurang (120'), maka bunyi yang terpancar keluar daripadanya juga akan mengikut jalur sudut tersebut. Itulah sebabnya sebahagian monitor berwarna gelap di tepinya dan imej ultrasound hanya dalam kawasan berbentuk seperti kipas.

2. Setiap doktor mempunyai kecenderungan masing-masing untuk aturan imej dipaparkan di monitor. Saya lebih gemar/biasa menggunakan bahagian bawah monitor sebagai arah probe disalurkan (sama seperti jika kita melihat dari faraj).

3. Berdasarkan orientasi tersebut (probe dari celah faraj ie kaki/bahagian bawah), maka bahagian atas monitor mewakili bahagian ke arah kepala pesakit. Sama seperti anda bayangkan sedang berdiri.

4. Seterusnya pula, perhatikan dimanakah terletaknya pundi kencing anda. Ia dilihat sebagai cyst/bengkak berbentuk segitiga. Maka, itulah kawasan hadapan anda. Cara lain adalah melihat titik penanda yang terdapat di bahagian bawah kawasan gelap monotor tersebut.

5. Sekarang, anda dapat mengetahui di manakah pula kawasan menghala ke punggung anda. Maka, lengkaplah empat sempadan pada monitor. Jika anda mengikut teknik saya:

- sempadan bawah - mewakili bahagian bawah anda
- sempadan atas - mewakili bahagian kepala anda
- sempadan kanan - mewakili bahagian hadapan anda (pundi kencing)
- sempadan kiri - mewakili bahagian punggung anda

Ini benar jika alat probe diletakkan pada pandangan seperti anda sedang berdiri mengiring.

6. Setelah memahami orientasi imej pada monitor, barulah anda dapat mengenali kedudukan rahim dan dua ovari

Selamat memahami!

3 comments:

  1. Salam Dr, gambar ultrasound nya masih ada tak?

    ReplyDelete
  2. Soalan kurang jelas, gbr ultrasound utk belajar ke gambar usg apa?

    ReplyDelete
  3. salam doctor,

    Apakah supplement yang boleh diambil untuk mematangkan telur. Saya dah melalui 2 IUI, dan gagal. Kedua-duanya melalui suntikan, dan saya rasa walaupun dengan suntikan ia lamabat untuk matang.

    ReplyDelete