Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 21 February 2010

Clomiphhene citrate

1. Terdapat dua jenis ubat kesuburan, sama ada pil atau suntikan.

Pil kesuburan mengandungi bahan clomiphene citrate, lazimnya sebanyak 50 mg setiap biji. Cuma, ia diberikan nama glamer berlainan oleh syarikat pengedar masing2 eg Clomid, Clostibergyt, Serophene dll.

2. Clomiphene citrate (yang mengandungi kesan anti-estrogenik)bertindak secara memberi signal negatif kepada otak kita bahawa tubuh kita kekurangan estrogen.

Maka, tubuh (kelenjar pituitari di dalam otak) mula mengeluarkan hormon FSH dalam kuantiti yang lebih banyak.

(Hormon FSH pula akan merangsang kantung-kantung telur di dalam ovari kanan dan kiri. Dah namanya pun FSH ie Follicular Stimulating Hormone)

3. Apabila kantung-kantung (lazimnya lebih daripada 1) berjaya dirangsang dan membesar, kantung-kantung aktif ini sendirinya akan menghasilkan hormon estrogen pula. Hormon estrogen pula bertindak menebalkan lapisan endometrium dalam rahim sebagai persediaan implantasi embrio jika berlaku kehamilan. Jika tiada persenyawaan, lapisan endometrium ini gugur sebagai darah/tisu haid.

4. Pemantauan menggunakan ultrabunyi trans-vaginal (TVS) lazimnya dilakukan mulai sekitar hari ke 12 bagi melihat bilangan dan saiz kantung-kantung (seeloknya di antara 18-22mm) serta ketebalan lapisan endometrium (10mm atau sekurang2nya 8mm).

Ada yang memberi respon sederhana (2-3 kantung besar), ada pula yang berlebihan (lebih banyak kantung), ada pula yang tidak memberi respon memberangsangkan (1 sahaj atau tiada kantung besar).

5. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesan negatif (ie sifat anti-esttrogenik Clomiphene citrate) ini melebihi penghasilan hormon estrogen oleh kantung. Ini menyebabkan sesetengah mendapat kesan samping sedemikian iaitu lapisan endometrium (tempat berlakunya implantasi embrio di dalam rahim) tidak tumbuh menebal, sebaliknya hanya nipis sahaja iaitu di bawah 10mm.

6. Tanpa pemantauan ini, anda tidak mengetahui adakah ubat Clomiphene citrate itu sesuai dengan anda. Lazimnya ia diberi dalam dos 50mg atau 100mg selama 5 hari sahaja (hari ubat dimulakan bergantung kepada kitaran haid seseorang sama ada hari ke-3 dsb). Jika masih tidak berjaya, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan mengandungi hormon gonadotrophin pula (akan dibincangkan dalam post seterusnya)

7. Selain itu, perlu difahami bahawa ubat ini hanya bertujuan membesarkan kantung-kantung telur. Terdapat beberapa punca masalah kesuburan yang lain eg sperma, tiub falopian, kehadiran polip endometrium, penyakit tertentu dll yang juga boleh mengganggu kesuburan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Dr!
    I didn't know you have a blog! :)
    I nak tanya sth. I just had laparoscopy done 2 wks ago.
    I was wondering boleh ke I start swimming balik skrg?

    Thank you,
    Fazilla

    ReplyDelete
  2. I remember you, tak ramai pt I with the same spelling for fazilla. Of course you can swim, tapi bukan marathon punya tau

    ReplyDelete
  3. berapakah level progestorene yang baik untuk wanita yg ingin mengandung?

    ReplyDelete
  4. Doc..can left fallopion tube grab the egg from right ovary?

    ReplyDelete