Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 18 November 2009

PCOS



1. PCOS adalah singkatan PolyCystic Ovarian Syndrome

2. Cyst ini sebenarnya merupakan kantung folikel berisi telur (dan air) yang tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi. Ia kekal di dalam ovari ie tidak pecah/diovulasi dan dinamakan cyst (iaitu berjenis follicular cyst)

3. Dari bulan ke bulan, bilangan cyst ini bertambah menjadi semakin banyak dan membentuk Polycystic Ovary (PCO) iaitu >12 folikel berhampiran permukaan ovari atau ovari bersaiz besar

4. Anda dikatakan mempunyai PCOS jika anda didapati mempunyai 2 daripada 3 kriteria berikut :
- gangguan ovulasi (sama ada jarang2 atau tiada langsung)
- ultrasound menunjukkan PCO (hanya 6-7% wanita dengan PCO didapati mempunyai PCOS)
- hiperandrogenism

5. Apa yang perlu anda tahu?
- jagalah pemakanan, senaman dan berat badan anda. Ini kerana anda lebih terdedah kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2, lebih2 lagi jika anda obes (BMI >30kgm2); berusia >40thn dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes juga. Sebagai permulaan, buat matlamat menurunkan sebanyak 5% daripada berat badan anda kini.

- pesakit PCOS juga didapati berdengkur dan mempunyai gangguan pernafasan sewaktu tidur (sleep apnoea), ini boleh menyebabkan anda mudah letih pada siang harinya.

- memeriksa tekanan darah dan profil lipid/kolesterol

- jika anda mempunyai masalah haid (sedikit2 atau tiada selama beberapa bulan), ini mendedahkan anda kepada risiko endometrial hyperplasia dan endometrial cancer. Jika anda lewat didatangi haid (bukan disebabkan hamil), dapatkanlah pemeriksaan doktor
dahulu.

- terdapat rawatan ubatan untuk masalah jerawat dan berlebihan rerambut (eg misai) walaupun ia mengambil masa beberapa bulan

- sekiranya anda mengalami masalah kesuburan yang disebabkan anovulasi, rawatan semudah ubatan (hormon kesuburan) lazimnya akan diberikan disusuli dengan pemantauan TVS (transvaginal ulrasound). Jika ovulasi tidak berhasil secara ini, anda mungkin ingin memilih menjalani pembedahan laparoscopic ovarian drilling. Anda juga harus faham bahawa terdapat faktor2 masalah kesuburan yang lain, ini perlu diselidiki juga.

Monday, 16 November 2009

Polip rahim/uterus




1. Polip bolehlah diibaratkan seperti untaian daging lebih pada kulit kita. Cuma, polip berada seperti bonggolan ataupun buah bertangkai yang muncul pada pada permukaan dalaman dinding rahim (yang dikenali sebagai endometrium).

2. Polip yang berasal daripada endometrium dinamakan polip endometrium. Selain itu, polip juga boleh berasal daripada tisu otot dinding rahim eg polip fibroid, dan polip serviks

3. Polip boleh bersaiz sekecil beberapa mm atau sebesar beberapa sm. Polip yang kecil lazimnya tidak menimbulkan masalah tetapi polip yang lebih besar pula boleh menyebabkan masalah kesuburan atau keguguran. Selain itu, polip juga boleh menyebabkan pendarahan haid berpanjangan ataupun pendarahan selepas menopaus sehingga memerlukan penyiasatan lanjut bagi mengecualikan ianya bukanlah kanser (masalah pendarahan juga merupakan petanda kanser rahim).

4. Polip bukanlah kanser. Tetapi simptom pendarahan polip boleh menyerupai simptom pendarahan kanser endometrium

5. Mengapakah adanya polip? Polip boleh membesar dengan rangsangan hormon estrogen. Maka, ia lebih lazim didapati dalam wanita yang berbadan obes (kerana lemak berlebihan membentuk estrogen), sesetengah produk juga dikhuatiri mengandungi bahan steroid yang boleh bertukar kepada estrogen. Begitu juga dengan ubat berhormon estrogen ataupun sebaliknya anti-estrogen (thru negative feedback)

6. Menggunakan ultrasound transvaginal (TVS), polip dapat dilihat dengan jelas.

7. Polip yang kecil dan tidak memberikan simptom tidak perlu dirawat.

8. Rawatan polip boleh secara histeroskopi yang dapat menampakkan polip (imej melalui teropong kamera dan dilihat pada monitor), pada masa yang sama, polip dapat dipotong dan dibuang.

My wish upon a star

Endow me with strength of heart and mind
so that they may be ready to serve
The rich and poor
The good and wicked
Friend and enemy
and may I never see in the patient
Nothing else but
a fellow creature in pain...

(adopted)

Friday, 13 November 2009

Kesopanan dan Kesusilaan

1. Tugas sebagai doktor memerlukan kami memeriksa tubuh/fizikal pesakit

2. Sebagai pakar sakitpuan pula, bahagian tubuh yang diperiksa atau dibedah sangat peribadi. Dengan limitasi ruang bilik klinik, saya amat bergantung kepada pintu bilik untuk tidak dibuka sewenang-wenangnya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan lokasi bukaan yang boleh dilihat sejauh dari pintu utama, tempat orang ramai lalu lalang. Alternatif lain adalah saya dan suami bersempit di sebalik tabir untuk melihat penilaian keadaan isterinya, tetapi ini sendiri menjadikan saya atau si suami tidak selesa bersentuhan pula. Untuk mengunci pintu pula tidak lagi praktikal kerana kuncinya telahpun longgar akibat berulangkali digunapakai.

3. Kurang sopan jika sewaktu saya bersama pesakit, pintu bilik dibuka sejurus selepas diketuk tanpa menunggu dibuka dari dalam. Tidak kiralah, sama ada oleh kakitangan hospital mahupun oleh orang luar. Tingkahlaku ini boleh dituduh menceroboh/mencabul privasi pesakit. Bayangkan jika pesakit berada dalam kedudukan/posisi yang memalukan. Bayangkan jika anda sendiri berada dalam posisi tersebut. Saya tidak dapat menerima apa-apa alasan bagi pihak pesakit saya yang telah dimalukan ini dan berharap kemarahannya reda.

4. Kadangkala orang sering membuat andaian suasana/susunan bilik klinik sama seperti klinik-klinik yang lain. Andaian....bukanlah alasan yang kuat.

5. Budaya kita memelihara tatasusila. Resam doktor pula memihak kepada perasaan pesakit.

Wednesday, 11 November 2009

Sekolah yang ku cintai


our book - Tinta Mas


The only way I can be in front is by sitting down, Iman on the far left dengan rambut panjangnya and my dear laling next to me. Shake's hse 2006


I was at the back, maklumlah, tinggi. d Mines 2008


I owed my beloved parents for my educational exposure. Abah sent me to SRK (P)Durian Daun somewhat 13km far from home, perhaps because he taught at a Chinese school (Ping Ming) nearby. Didn't know why my big brother went to Ping Ming while me and Lily did not. Abah and Along can speak Mandarin. Me? Just :

"Ni hau ma? and Wo hen hau, xie xie" or

" Ni de mingtze ma? and Wo de mingtze Adilah" or "ping ko a?"

But since I have a bit of Chinese look, whenever people ask (especially the shopkeeper Ah Moi) I would not hesitate to say yes, just to get a good bargain.

Having had 2 years of year 1 education before my official std 1 (hey! my parents were teachers, so ikut je la gi sekolah instead of kindergarten), x hairanlah kalau muka ni je yang naik atas pentas ambil segala hadiah year end after another. The same when in MRSMJ, sampai Cikgu komen gurau "asyik2 muka ni je". Even my homeroom teacher Cikgu Abd Rahim named his firstborn Adilah (she is also studying Medicine now). He once told abah, "saya pun x faham, Adilah bukanlah seorang yang rajin" :-) a kinder way of saying malas belajar le tu. Principal's toplist every year, SRP 8A1's and SPM 9A's (I got A2 for Biology as I skipped the Amali paper 2 mukasurat, kertas melekat kot, another A2 for Add Math). During that time, at MRSMJ, the classes Alpha and Beta were regarded as the better ones (Prinsip Akaun) while Classes Chi (mine), Delta, Epsilon and Phi were doing Biology instead. I suppose the priorities at the MARA HQ level were also different then. No MARA scholarship for doing Medicine overseas. Locally, only UKM and USM je. Itupun as bukannya biasiswa tapi convertible loan, meaning kalau habis ikut term, baru tukar jadi scholarship. So I put UKM as my first choice, UKM as second and UKM again as third choices. Nak sangat masuk UKM. While my best friend Antilia (Ann) went to UK doing Actuarial Science (my dream course dulu2). Why I chose Biology/Medicine then? My thought was "dengan dosa2 yang I dah dan akan terbuat, harap2 the doctor work that I'd be doing would alleviate them, Aamiiin" That simple and honest wish.

Matriculation at MRSM Kulim for one year (9 months actually), the one thing I remembered most, bestnya laksa!. Because of that, merasa naik keretapi Sinaran Pagi dan Petang. Because of that, merasa naik feri Pulau Pinang. I didn't excel pun, the reason being? This calculating brain was not really good at benda2 menghafal ni. But still, dapat juga call for interview fr Shell (agaknya based on SPM result kot). So, abah sent me to Jln Dungun Shell HQ. My friend Norliza was also there (from MRSM KT). I was the first candidate (mungkin sebab nama mula dari A kot) x lama pun dia tanya especially when I reiterated that I wanted to do Medicine and not Engineering as they offered. Kesian us, Norliza's turn was even shorter. None got the offer. During this time I also encountered my first cinta monyet :-), tu yang leka kot.

Masuk 1st year in Bangi (Sains Hayat). Ramainya satu batch, over 400! Duduk Kamsis Dato' Onn, joined the group senior2 AJK kamsis (aka politics sikit2), study bertambah pening dan berkarat, could not see how I was going to survive the course that I took based on just the above niat/doa suci sahaja, without the same lot of interest and hardwork. I believed God would shine me through. My faith. True enough, based on 1st semester exam (yg x de la excellent mana pun), I was called for an interview dgn JPA, for doing Medicine at RCOS Dublin. Cuma, kena start balik from 1-yr pre-med course. Rasanya about 10-12 of us dapat, Norliza (MRSM KT), Faudziah (Jasin), Izatol (Muar),Cheetah (Muar), x ingat dah lain2. 1st interview, I went, all succeeded. Called again for a second phase interview, this time I opted out. Banyak faktor. I didn't want to lose another year bearing in mind that I had to start again the premed, we then would have graduated one year later than our friends kat UKM. Second, ehem ehem, rahsia.....:-) So during my 2nd year (at UKM Kamsis TDI near Titiwangsa), all my other friends flew to Dublin, wuaaaa......(nangis masa hantar dia org kat epot sebab menyesal nape declined the offer)

Year 2-6 at UKM KL. Nothing much, exam pun separuh nyawa je pass. Ada jugak yg failed, nasib baik bila repeated during the short hols, passed jugak. Got through in time, so MARA kindly tukar jadi scholarship, x yah bayar pun. My friends in Dublin masih belum habis lagi, hmm, in life, we gain some we lose some... Graduation best! As always, the doctors' parade onto the stage yg akan semua audience tgk2 (masa tu dah kerja pun, ni yg best jadi doktor, kerja dulu sebelum graduation and sebelum interview).

Come to think of it again, I shouldn't have regretted at all, buang masa je nangis dulu. I keep to my quote; "have faith, whatever happened had to happen" For the choices that I made earlier, I wouldn't have been here should I chose otherwise, many a times my presence was "being at the right place just in time", I would have had missed a lot if I reached there even a month later, let alone a year. And like beauty, success also has different meaning to each of us. Truly God knows a lot more and we don't.

I love schooling. Don't know why my dotter doesn't...sigh

My friends from MRSM Jasin SPM 87 who have successfully become doctors

Dr Rozaidah Jaafar from UKM (doing her Masters in Psychiatry, sebelum ni sibuk menambah koleksi anak:-) my very close friend
Dr Liu Chian Boon from UM and MRCP(the first to become a specialist, he's a paediatrician, ada own clinic in Seremban), my academic rival dulu :-)
Dr Norzila Zakaria from UKM then Masters Psychiatry USM (a lecturer & Psychiatrist in USM now doing PhD in Melbourne, Australia)
Dr Anita Yakof from UKM (a GP)
Dr Siti Mariam Yusof from UKM (a GP)
Dr Ruhaidah Adnan from UKM (a GP)
Dr Faudziah Saleh from Dublin (a medical officer in Sg Buloh clinic)
Dr Normah Ismail from UKM (a GP)
Dr Rosila Yahya from UKM (an administrator at KKM)


Ohers are doing very well too... We sometimes met, the last that I joined was in
Apr 2008 at the Mines, before that in 2006 at Shake's hse Subang Jaya (see the pix)

Now, I have a different view on time. Take your time, babe... Like what my lecturer told me upon asking why didn't I take the 6 -week maternity leave thus extending another 6 months of studying but instead I came back to work after merely 11 days postpartum (tu je cuti yg tinggal of the 14 days allowed), He advised "x pe la kalau kena extend another 6 months, so what? no big deal" He's right. But I made the right decision too.

Tuesday, 10 November 2009

IUI

1. IUI adalah singkatan Intra Uterine Insemination, ia juga dikenali sebagai permanian berhadas

2. Teknik IUI lebih mudah dan jauh lebih murah daripada IVF tetapi dengan peratus kejayaan yang lebih rendah (sekitar 10-15% jika bilangan telurnya 1 atau 2).

3. Lazimnya sebelum IUI, ubat kesuburan (sama ada pil Clomiphene atau suntikan hormon FSH) akan diberikan selama beberapa hari, disusuli dengan pemantauan keberkesanannya secara ultrabunyi melalui faraj (TVS atau transvaginal ultrasound). Suntikan FSH jauh lebih berkesan tetapi harganya juga jauh lebih mahal.

4. Melalui TVS, saiz kantung folikel (yang diharapkan mengandungi telur) seeloknya mencapai saiz 18-22mm diameternya, bilangannya pula biarlah sederhana banyak (lebih banyak lebih berjaya tetapi lebih tinggi risiko kembar pula), serta penebalan lapisan endometrium (disebut ET atau endometrial thickness) biarlah melebihi 10mm (minima 8mm).

5. Pada masa yang sama, wanita akan merasai perubahan akibat peningkatan paras hormon estrogen eg tona kulit yang gebu dan licin, lebih menarik, lendir faraj yang cair dan banyak serta perut terasa sedikit kembung (akibat ovari yang semakin berat dan besar dengan kehadiran banyak kantung). Suami pula diminta untuk menyimpan stok air maninya (ie tidak mengeluarkan air mani atau ejakulasi) selama kira-kira 3-5 hari sebelum jangkaan IUI.

6. Kini, wanita telah bersedia untuk menjalani proses IUI. Satu suntikan mengandungi hormon hCG (sama seperti hormon mengandung) akan diberikan pada anggaran 36 jam sebelum waktu IUI. Eg. saya lazimnya melakukan IUI pada waktu menghampiri tengahari, maka pesakit saya akan diminta mengambil suntikan hCG ini pada menghampiri waktu tengah malam 36 jam sebelumnya.

7. Pada hari IUI, suami datang mengeluarkan air mani secara masturbasi, kemudiannya diberi kepada embriologis untuk diproses (mengambil masa selama 1.5 - 2.5 jam). Sperma yang elok akan terpisah dan diambil serta dimasukkan ke dalam tabung uji.

8. Pada hari IUI juga, ovulasi dijangka berlaku. Umpama jerawat yang sedang mengening, begitulah kantung telur yang sedang hampir ovulasi,ia boleh menyebabkan sedikit kesakitan pada bahagian ari-ari, bolehlah mengambil panadol untuk meredakan kesakitan ini. Isteri yang bersedia di klinik diminta ke katil dan dalam keadaan berbaring dengan kedua lutut/kakinya dibengkokkan. Satu spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj (sama seperti menjalani pap smear) bagi membuka faraj untuk memperlihatkan lubang pintu rahim di penghujungnya. Melalui lubang pintu rahim inilah, satu tiub yang telah bersambung dengan syringe yang mengandungi sperma itu (disedut dari tabung uji) akan dimasukkan terus ke dalam ruang rahim secara berhati-hati supaya tidak melukai endometrium yang sangat fragile itu.

9.Saya melakukan IUI berpandukan ultrasound sama seperti kaedah memasukkan embrio dalam IVF, ini kerana saya dapati peluang kehamilan pesakit saya meningkat menggunakan cara ini (rekod peratus kejayaan IUI meningkat sehingga 60% dengan risiko kembar di bawah 15%), mungkin kerana penghujung tiub berada pada aras yang sama dengan kedudukan bukaan tiub falopian, mungkin juga ada faktor tambahan iaitu eg. menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian dosnya, isipadu cecair yang mengandungi sperma, teknik IUI, ubat luteal support, makmal yang memproses air mani (ada yang rahsia :-). Tidak perlu berbaring selepas IUI (ini telah banyak dibuktikan secara kajian antarabangsa), boleh terus bangun dan pulang. Jangan lupa mandi wajib tau.

10. Jaga pemakanan dan pergerakan (tidak salah untuk beringat walaupun kajian kata x de kaitan), asalkan jangan x bergerak langsung atau x makan langsung. Yang lebih penting dan jauh lebih berkesan daripada rawatan doktor adalah berdoa dan yakin pada rezeki, InsyaAllah


Bacalah doa dari Quran ini setiap hari
"And (remember) Zakariya, when he cried to his Lord: "O my Lord! leave me not without offspring, though thou art the best of inheritors." (21:89)

Sunday, 8 November 2009

MENGIRA WAKTU SUBUR

1. Sebenarnya, istilah waktu paling subur dan waktu kurang subur adalah lebih tepat digunakan. Waktu paling subur adalah hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari kantung folikel dalam ovari).
2. Tidak semua wanita hari suburnya hari ke-14 (hari ini dikira dari hari pertama haid pusingan tersebut).
3. Setelah 14 hari telur yang mengalami ovulasi tidak disenyawakan oleh sperma, haid akan keluar. Ini bermakna ovulasi berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya. Jika wanita mempunyai kitaran haid sebanyak 28 hari, maka hari ovulasinya adalah pada sekitar hari ke-14. Namun, jika wanita mempunyai kitaran haid 30 hari, maka hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-16. Jika wanita mempunyai kitaran haid 32 hari pula, hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-18.
4. Bilangan hari dalam bulan-bulan juga berbeza, ada yang 30 hari, ada yang 31 hari dan ada yang 28/29 hari. Mengira panjang kitaran haid adalah jarak dari hari pertama haid ini ke hari pertama haid akan datang. Sangat jarang wanita mempunyai kitaran haid yang tepat setiap bulan dalam setahun, kebanyakannya sedikit berubah dan mempunyai julat eg 28-30 hari.
5. Lebih elok dan terbukti secara kajian berkesan jika pasangan melakukan hubungan seks penetratif sekurang-kurangnya setiap 2-3 hari atau 2-3 kali seminggu. Ini bagi memastikan sperma hidup berada pada setiap masa di penghujung tiub falopian menanti untuk mensenyawakan telur. Sperma dapat bertahan sehingga 72 jam.