Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 16 November 2009

Polip rahim/uterus




1. Polip bolehlah diibaratkan seperti untaian daging lebih pada kulit kita. Cuma, polip berada seperti bonggolan ataupun buah bertangkai yang muncul pada pada permukaan dalaman dinding rahim (yang dikenali sebagai endometrium).

2. Polip yang berasal daripada endometrium dinamakan polip endometrium. Selain itu, polip juga boleh berasal daripada tisu otot dinding rahim eg polip fibroid, dan polip serviks

3. Polip boleh bersaiz sekecil beberapa mm atau sebesar beberapa sm. Polip yang kecil lazimnya tidak menimbulkan masalah tetapi polip yang lebih besar pula boleh menyebabkan masalah kesuburan atau keguguran. Selain itu, polip juga boleh menyebabkan pendarahan haid berpanjangan ataupun pendarahan selepas menopaus sehingga memerlukan penyiasatan lanjut bagi mengecualikan ianya bukanlah kanser (masalah pendarahan juga merupakan petanda kanser rahim).

4. Polip bukanlah kanser. Tetapi simptom pendarahan polip boleh menyerupai simptom pendarahan kanser endometrium

5. Mengapakah adanya polip? Polip boleh membesar dengan rangsangan hormon estrogen. Maka, ia lebih lazim didapati dalam wanita yang berbadan obes (kerana lemak berlebihan membentuk estrogen), sesetengah produk juga dikhuatiri mengandungi bahan steroid yang boleh bertukar kepada estrogen. Begitu juga dengan ubat berhormon estrogen ataupun sebaliknya anti-estrogen (thru negative feedback)

6. Menggunakan ultrasound transvaginal (TVS), polip dapat dilihat dengan jelas.

7. Polip yang kecil dan tidak memberikan simptom tidak perlu dirawat.

8. Rawatan polip boleh secara histeroskopi yang dapat menampakkan polip (imej melalui teropong kamera dan dilihat pada monitor), pada masa yang sama, polip dapat dipotong dan dibuang.

5 comments:

  1. do email me at dyingswans9283@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  2. Assalam doc, sy ingin bertanya adakah ubat tamoxifen menyumbang kepada terjadinya polyp di dalam rahim? Ini adalah kerana selepas seminggu sy mkn ubt tersebut, bila discan, terdapat polyp di dalam rahim saya. Ini adalah kali kedua sy terkena polyp di mana yg pertama dulu pon selepas seminggu sy mkn ubt tersebut.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum dr.., sy disahkan mempunyai polip di pangkal rahim dan telah keguguran 2 kali mungkin disebabkan polip. patutkah sy menjalani proses Hysteroscopy+d&C atau hanya d&c biasa sahaja?kalau perlu berapa kosnya? Adakah polip akan tumbuh berulangkali walaupun proses d&c telah dilakukan? Jika ya, bagaimana cara untuk mengelakkannya?

    Terima kasih doktor..harap jawapan daripada pihak doktor..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum doc...baru2 ni sy disahkan mempunyai endometrial & cervical polyps...cervical polyps doc dah keluarkan cuma endometrial polyps tu tgh tggu appt dgn hosp putrajaya bln8 ni...sy nk tnya...adakah polyps ni menyebabkan sy sukar hamil? Sy sudah kawen 1thn 2bln tp belum lg pernah mengandung walau sekali...apa yg perlu sy lakukan utk mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnya, polip yang bersaiz lebih 1cm yang didapati mengurangkan kesuburan

      Delete