Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 18 November 2009

PCOS



1. PCOS adalah singkatan PolyCystic Ovarian Syndrome

2. Cyst ini sebenarnya merupakan kantung folikel berisi telur (dan air) yang tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi. Ia kekal di dalam ovari ie tidak pecah/diovulasi dan dinamakan cyst (iaitu berjenis follicular cyst)

3. Dari bulan ke bulan, bilangan cyst ini bertambah menjadi semakin banyak dan membentuk Polycystic Ovary (PCO) iaitu >12 folikel berhampiran permukaan ovari atau ovari bersaiz besar

4. Anda dikatakan mempunyai PCOS jika anda didapati mempunyai 2 daripada 3 kriteria berikut :
- gangguan ovulasi (sama ada jarang2 atau tiada langsung)
- ultrasound menunjukkan PCO (hanya 6-7% wanita dengan PCO didapati mempunyai PCOS)
- hiperandrogenism

5. Apa yang perlu anda tahu?
- jagalah pemakanan, senaman dan berat badan anda. Ini kerana anda lebih terdedah kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2, lebih2 lagi jika anda obes (BMI >30kgm2); berusia >40thn dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes juga. Sebagai permulaan, buat matlamat menurunkan sebanyak 5% daripada berat badan anda kini.

- pesakit PCOS juga didapati berdengkur dan mempunyai gangguan pernafasan sewaktu tidur (sleep apnoea), ini boleh menyebabkan anda mudah letih pada siang harinya.

- memeriksa tekanan darah dan profil lipid/kolesterol

- jika anda mempunyai masalah haid (sedikit2 atau tiada selama beberapa bulan), ini mendedahkan anda kepada risiko endometrial hyperplasia dan endometrial cancer. Jika anda lewat didatangi haid (bukan disebabkan hamil), dapatkanlah pemeriksaan doktor
dahulu.

- terdapat rawatan ubatan untuk masalah jerawat dan berlebihan rerambut (eg misai) walaupun ia mengambil masa beberapa bulan

- sekiranya anda mengalami masalah kesuburan yang disebabkan anovulasi, rawatan semudah ubatan (hormon kesuburan) lazimnya akan diberikan disusuli dengan pemantauan TVS (transvaginal ulrasound). Jika ovulasi tidak berhasil secara ini, anda mungkin ingin memilih menjalani pembedahan laparoscopic ovarian drilling. Anda juga harus faham bahawa terdapat faktor2 masalah kesuburan yang lain, ini perlu diselidiki juga.

14 comments:

  1. salam Dr,

    i ni ada pcos.i nk tnya skit :),diet yg mcm mana yg sesuai utk pcos ni?and ada tak supplement yg sesuai utk pcos?thanks doc

    ReplyDelete
  2. mula2, kena sahkan betul ke ada PCOS? Kalau betul, kena kuat semangat sbb PCOS ladies memang susah nak turunkan berat badan walaupun x makan banyak. Kena kurangkan kalori makanan (boleh minta dietician advice). ambil folic acid and multivitamin. Aim utk reduce 5% from current body weight sahaja dulu.

    ReplyDelete
  3. aha.. mmg dah disahkan,i mmg ada pcos :).tu lah Dr., mmg susah nk turunkan berat bdn,padahal xmkn byk..thanks for ur advice Dr. :)

    ReplyDelete
  4. Dr.

    Saya cari entri ttg ovarian cyst tp xde so saya nak tny tentang itu di sini. harap dr. x kisah.

    beberapa bulan lepas, gynae sahkan yg saya ada ovarian cyst di ovari kanan sebesar 3cm. saya decide utk jumpa dgn gynae sbb saya dh berjumpa dgn urologyst tp saya xde masalah berkaitan. saya ada rasa sakit2 perut sebelah kanan - tapi x begitu kuat la.

    menurut my gynae, beliau x suggest sy bedah sbb after a few months, the cyst masih 3cm jugak.

    so, skrg, doktor ada suggestion apa2 x, apa yang saya perlu buat sekarang? sbb kdg2 memang terasa sakit di perut kanan.

    utk pengetahuan doktor, saya masih belum berkahwin, kurus, tiada senggugut dan haid saya teratur.

    macam mana pulak dgn peluang saya untuk memperoleh cahaya mata? perlu ke sy kahwin secepat mungkin?

    ReplyDelete
  5. I baru buat entry on ovarian cyst.
    Btw, tak yah le 'rushing2' nak kahwin sbb tu :)

    ReplyDelete
  6. Salam.... Dr ape kabo. sy ade pcos menurut kata dr ghafar lppkn. sy dah wat iui 3 kali kat lppkn tp unsuccesful.... lum ade rezeki.. i want to try ivf... but dont know is the the best place.....

    ReplyDelete
  7. Wan - nx step is laparoscopy, bukannya IVF. The best place for IVF kat Msia ni susah nak cakap sbb masing2 lain kriteria utk IVF. Centre yg buat IVF kat PCOS n simple2 problem mungkin akan tunjukkan success rate yang tinggi tapi tak semestinya baik sbb centre lain pulak mungkin buat IVF kat kes2 yg dah kronik. Data TAFF sangat berguna sbb kes2 diberikan sama susah, n centre2 tu dapat success rate seragam je (tgk entry I pasal TAFF) below 40% total 2 fresh cycles (tak termasuk frozen cycle. Data European lebih standard (walaupun dia org pun buat gak IVF kat patient2 yg simple-intermediate cases) tetapi lebih telus sbb ada independent body (eg Germany ada sistem softwara RecDate).

    ReplyDelete
  8. Tq Dr....oooo kene try laparoscopy dulu yer.... next week i had appointnmt with lppkn... kat lppkn ade wat laparoscopy ke dr?

    ReplyDelete
  9. tak sure pulak sekarang, dulu buat diagnostik laparoskopi je sebab kat situ hanya daycare ward n tak de O&G specialist. U tanyalah.

    ReplyDelete
  10. doc..ada kemungkinan x kalo xnak buat laparoskopi ni..boleh baik dgn sndri nya?? boleh kecut sendiri....cyst tu..

    saya ada cyst dlm 2 cm..sebelum ni period teratur..skrg xteratur..start dr bulan Mac 2011. dah 2 bulan x period..berat badan saya ok.BMI tu masih paras ok..sya x pasti ada PCOS atau tidak...dh cek UPT mmg -ve..

    ReplyDelete
  11. salam dr...
    Saya dh kawin 5 thn. Blum hamil.. period x normal.dapat PCOS.. dr bagi duphaston untuk datang period lepas tu hari ke2 period mula mkn clomid hingga hari ke6 period... dr saya bagi ubat duphaston dan clomid untuk 2 cycles... tp saya lupa nk tanya bila harus saya makan duphaston untuk bulan ke2 sbb period saya xnormal. boleh dr bantu saya??? Sekian, terima kasih..

    ReplyDelete
  12. salam dr..
    saya nk tnya kaedah perubatan TVS?lbh kurg mcm ultrasound ke?slalunya ambl msa lma ke nk buat rawatan tu?ada ke p'aturan yg kna buat sblm jalani rawatan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TVS bukan rawatan, TVS (trans-vaginal scan) tu ultrasound tetapi alatnya dimasukkan ke dalam vagina. Dalam rawatan kesuburan, kena monitor pembesaran folikel telur dll menggunakan kaedah TVS, bukannya scan dari atas/perut.

      Delete
  13. Salam Dr,Saya berumur 20 tahun.My period recently became tak teratur. Means that blood is flowing not during normal days. And the blood flow is too strange. It is concentrated and have a strange odour. After googling about this syndrome, there are a few symptoms yang match-up such as hair growing around the nipple, acne problem (but not tht serious),rambut makin menipis + dandruff. Berat badan tak naik sangat. What should i do? Saya ada PCOS ke?

    ReplyDelete