Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 8 November 2009

MENGIRA WAKTU SUBUR

1. Sebenarnya, istilah waktu paling subur dan waktu kurang subur adalah lebih tepat digunakan. Waktu paling subur adalah hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari kantung folikel dalam ovari).
2. Tidak semua wanita hari suburnya hari ke-14 (hari ini dikira dari hari pertama haid pusingan tersebut).
3. Setelah 14 hari telur yang mengalami ovulasi tidak disenyawakan oleh sperma, haid akan keluar. Ini bermakna ovulasi berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya. Jika wanita mempunyai kitaran haid sebanyak 28 hari, maka hari ovulasinya adalah pada sekitar hari ke-14. Namun, jika wanita mempunyai kitaran haid 30 hari, maka hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-16. Jika wanita mempunyai kitaran haid 32 hari pula, hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-18.
4. Bilangan hari dalam bulan-bulan juga berbeza, ada yang 30 hari, ada yang 31 hari dan ada yang 28/29 hari. Mengira panjang kitaran haid adalah jarak dari hari pertama haid ini ke hari pertama haid akan datang. Sangat jarang wanita mempunyai kitaran haid yang tepat setiap bulan dalam setahun, kebanyakannya sedikit berubah dan mempunyai julat eg 28-30 hari.
5. Lebih elok dan terbukti secara kajian berkesan jika pasangan melakukan hubungan seks penetratif sekurang-kurangnya setiap 2-3 hari atau 2-3 kali seminggu. Ini bagi memastikan sperma hidup berada pada setiap masa di penghujung tiub falopian menanti untuk mensenyawakan telur. Sperma dapat bertahan sehingga 72 jam.

7 comments:

  1. salam doctor, how are u?
    doc, saya dah lost count on mana hari subur mana hari tak sbb cycle tunggang terbalik sometimes as early as in 23 days or as late as 40 days...(i blame my weight gain) or should i just buy the ovulation test kit? or it is just too early to get too hyped on pregnancy where i just got married for 7 months? thanks doc! :D

    ReplyDelete
  2. Adda - hmm....mcm ovulation tak regular je bunyinya. Ovulation test kit tu menguji kehadiran LH dalam air kencing. Kalau U ada PCOS (and LH u tinggi), maka ujian tu sukar dijelaskan hasilnya sbb akan memanjang positifnya.

    ReplyDelete
  3. thanks for the prompt reply doc. to test for PCOS nih, what kind of test should i get? from the internet, i think i got 2 indicators that i might have one. 1. irregular period 2. vaginal dryness. i'm 27, 168cm n 73kg..slightly overweight..yes..:)

    ReplyDelete
  4. Adda- irregular period, yes if it's associated with no ovulation (anovulatory cycle), but vaginal dryness no. U hv to c the dr who will assess your history n examine u then do usg to reach the diagnosis. Blood tests may help b sometimes susah nak justify kalau cycle day asyik lari je

    ReplyDelete
  5. salam Dr..
    saya dh setahun kahwin. before ni memang tak kisah pasal period tapi bila still tak pregnant i feel worried.
    my period : 1-8 jan, 5-19 feb, 12-18 march, 2-8 apr, 24-29 apr, 14-20 may(just brownish 4days, 2days fresh blood, then brownish again)...
    is that normal? macam mana pula saya nak tau waktu subur saya?

    ReplyDelete
  6. Dear Doc,

    How are you? hmm saya tak sure saya ada mslh kesuburan or not...
    saya ingin bertanyakan pendapat mengenai masalah saya ni...

    selalunya kalau kita subur, air or cecair akan banyak keluar, betul tak?

    Tapi sudah 2 bulan saya tidak didatangi cecair. ada lah doc tp keputihan sehingga menyebabkan kegatalan pd faraj.

    adakah ini ada kaitan dengan mslh kesuburan?

    ReplyDelete
  7. salam doktor...saya ingin bertanya, jika hari pertama period pada bulan berikutnya adalah pada 2/01/2012...adakah jika saya bersama dengan suami 5 hari sebelum period (28/12/2011) persenyawaan boleh berlaku? Atau persenyawaan tidak sempat berlaku kerana telah cukup kitaran haid...terima kasih

    ReplyDelete