Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 13 November 2009

Kesopanan dan Kesusilaan

1. Tugas sebagai doktor memerlukan kami memeriksa tubuh/fizikal pesakit

2. Sebagai pakar sakitpuan pula, bahagian tubuh yang diperiksa atau dibedah sangat peribadi. Dengan limitasi ruang bilik klinik, saya amat bergantung kepada pintu bilik untuk tidak dibuka sewenang-wenangnya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan lokasi bukaan yang boleh dilihat sejauh dari pintu utama, tempat orang ramai lalu lalang. Alternatif lain adalah saya dan suami bersempit di sebalik tabir untuk melihat penilaian keadaan isterinya, tetapi ini sendiri menjadikan saya atau si suami tidak selesa bersentuhan pula. Untuk mengunci pintu pula tidak lagi praktikal kerana kuncinya telahpun longgar akibat berulangkali digunapakai.

3. Kurang sopan jika sewaktu saya bersama pesakit, pintu bilik dibuka sejurus selepas diketuk tanpa menunggu dibuka dari dalam. Tidak kiralah, sama ada oleh kakitangan hospital mahupun oleh orang luar. Tingkahlaku ini boleh dituduh menceroboh/mencabul privasi pesakit. Bayangkan jika pesakit berada dalam kedudukan/posisi yang memalukan. Bayangkan jika anda sendiri berada dalam posisi tersebut. Saya tidak dapat menerima apa-apa alasan bagi pihak pesakit saya yang telah dimalukan ini dan berharap kemarahannya reda.

4. Kadangkala orang sering membuat andaian suasana/susunan bilik klinik sama seperti klinik-klinik yang lain. Andaian....bukanlah alasan yang kuat.

5. Budaya kita memelihara tatasusila. Resam doktor pula memihak kepada perasaan pesakit.

No comments:

Post a Comment