Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 10 November 2009

IUI

1. IUI adalah singkatan Intra Uterine Insemination, ia juga dikenali sebagai permanian berhadas

2. Teknik IUI lebih mudah dan jauh lebih murah daripada IVF tetapi dengan peratus kejayaan yang lebih rendah (sekitar 10-15% jika bilangan telurnya 1 atau 2).

3. Lazimnya sebelum IUI, ubat kesuburan (sama ada pil Clomiphene atau suntikan hormon FSH) akan diberikan selama beberapa hari, disusuli dengan pemantauan keberkesanannya secara ultrabunyi melalui faraj (TVS atau transvaginal ultrasound). Suntikan FSH jauh lebih berkesan tetapi harganya juga jauh lebih mahal.

4. Melalui TVS, saiz kantung folikel (yang diharapkan mengandungi telur) seeloknya mencapai saiz 18-22mm diameternya, bilangannya pula biarlah sederhana banyak (lebih banyak lebih berjaya tetapi lebih tinggi risiko kembar pula), serta penebalan lapisan endometrium (disebut ET atau endometrial thickness) biarlah melebihi 10mm (minima 8mm).

5. Pada masa yang sama, wanita akan merasai perubahan akibat peningkatan paras hormon estrogen eg tona kulit yang gebu dan licin, lebih menarik, lendir faraj yang cair dan banyak serta perut terasa sedikit kembung (akibat ovari yang semakin berat dan besar dengan kehadiran banyak kantung). Suami pula diminta untuk menyimpan stok air maninya (ie tidak mengeluarkan air mani atau ejakulasi) selama kira-kira 3-5 hari sebelum jangkaan IUI.

6. Kini, wanita telah bersedia untuk menjalani proses IUI. Satu suntikan mengandungi hormon hCG (sama seperti hormon mengandung) akan diberikan pada anggaran 36 jam sebelum waktu IUI. Eg. saya lazimnya melakukan IUI pada waktu menghampiri tengahari, maka pesakit saya akan diminta mengambil suntikan hCG ini pada menghampiri waktu tengah malam 36 jam sebelumnya.

7. Pada hari IUI, suami datang mengeluarkan air mani secara masturbasi, kemudiannya diberi kepada embriologis untuk diproses (mengambil masa selama 1.5 - 2.5 jam). Sperma yang elok akan terpisah dan diambil serta dimasukkan ke dalam tabung uji.

8. Pada hari IUI juga, ovulasi dijangka berlaku. Umpama jerawat yang sedang mengening, begitulah kantung telur yang sedang hampir ovulasi,ia boleh menyebabkan sedikit kesakitan pada bahagian ari-ari, bolehlah mengambil panadol untuk meredakan kesakitan ini. Isteri yang bersedia di klinik diminta ke katil dan dalam keadaan berbaring dengan kedua lutut/kakinya dibengkokkan. Satu spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj (sama seperti menjalani pap smear) bagi membuka faraj untuk memperlihatkan lubang pintu rahim di penghujungnya. Melalui lubang pintu rahim inilah, satu tiub yang telah bersambung dengan syringe yang mengandungi sperma itu (disedut dari tabung uji) akan dimasukkan terus ke dalam ruang rahim secara berhati-hati supaya tidak melukai endometrium yang sangat fragile itu.

9.Saya melakukan IUI berpandukan ultrasound sama seperti kaedah memasukkan embrio dalam IVF, ini kerana saya dapati peluang kehamilan pesakit saya meningkat menggunakan cara ini (rekod peratus kejayaan IUI meningkat sehingga 60% dengan risiko kembar di bawah 15%), mungkin kerana penghujung tiub berada pada aras yang sama dengan kedudukan bukaan tiub falopian, mungkin juga ada faktor tambahan iaitu eg. menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian dosnya, isipadu cecair yang mengandungi sperma, teknik IUI, ubat luteal support, makmal yang memproses air mani (ada yang rahsia :-). Tidak perlu berbaring selepas IUI (ini telah banyak dibuktikan secara kajian antarabangsa), boleh terus bangun dan pulang. Jangan lupa mandi wajib tau.

10. Jaga pemakanan dan pergerakan (tidak salah untuk beringat walaupun kajian kata x de kaitan), asalkan jangan x bergerak langsung atau x makan langsung. Yang lebih penting dan jauh lebih berkesan daripada rawatan doktor adalah berdoa dan yakin pada rezeki, InsyaAllah


Bacalah doa dari Quran ini setiap hari
"And (remember) Zakariya, when he cried to his Lord: "O my Lord! leave me not without offspring, though thou art the best of inheritors." (21:89)

7 comments:

  1. Salam Dr. Adila. I've been married for 4 months coming to 5 months. there are no signs of pregnancy and me n hubby are trying to conceive. i've taken clomid 50mg for 1 cycle (January ), my menses cam on the 5th of january,hoping that it will be effective. but after taking clomid, i did not ovulate and my menses came twice that month
    (january)which first came on the 5th and the second came on the 31st of January but for only 3 days with only the 2nd day having d blood. The 1st day was a spot with a very light pinkish discharge n d 3rd day was completely brownish. am i eligible to try for IUI? can you help? Thank u so much, Dr.

    ::hopingtoconceive::

    ReplyDelete
  2. Just read it today. Apologies. Anyway, please update your situation as it has been a year:)

    ReplyDelete
  3. dear Dr,

    how much the cost of IUI?
    i ingat nak cuba.. cz since now i'm still not pregnant.. huhh
    8months already.everybody asking same question everyday. i dah boring dengar. Allah saja yg tahu, bukan I tak ready, tp rezeki belum ada. i dah cuba sedaya mungkin doc.

    ReplyDelete
  4. Salam Doktor,

    boleh saya dapatkan bantuan doktor utk IUI?
    macamna saya nak hubungi doktor?
    emel saya : neo07phoenix@gmail.com

    terima kasih doktor..

    AinA

    ReplyDelete
  5. Salam Doktor,

    Saya nak tanya kalau dah buat BTL dan teringin semula nak anak,,,boleh tak saya membuat IUI?
    emel saya:m2m_yie@yahoo.com


    terima kasih doktor...

    Magerit

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hi doc. My name is Vicky. Married for 3 years. Recently did iui at lppkn but not success. I got blockage In my left tiub. Can I try iui for second round. Please assist me doc. My email add: Vicky4_8shag@yahoo.com

    ReplyDelete